Berita Harian

Cheng Hoe laung keyakinan

Anak buah diminta kekal momentum seperti ketika menentang Thailand

- Oleh Aziman Rosdi

Selepas lapan tahun mengidam kejuaraan Piala Konfederas­i Bolasepak ASEAN (AFF), pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe percaya ini detik terbaik buat skuad Harimau Malaya menoktahka­n penantian itu.

Meskipun rekod pertemuan Malaysia menentang Vietnam jelas tidak memihak kepada mereka termasuk tewas 0-2 pada aksi peringkat Kumpulan A di Hanoi, namun beliau yakin pentas final pada 11 dan 15 Disember ini pasti berbeza.

“Perlawanan final dengan peringkat kumpulan adalah saingan berbeza. Apa yang perlu dilakukan oleh pemain adalah kekalkan momentum dan keyakinan seperti ketika menentang Thailand.

“Kita kalah kepada Vietnam sebelum ini kerana satu, dua kesilapan individu tapi secara keseluruha­n kita bermain baik. Final kali ini, kita akan bermain secara timbal balik, jadi pasti berbeza.

Ibarat perlawanan ulangan

“Bertemu Vietnam ibarat perlawanan ulangan tapi saya tak nak cakap ia pentas untuk kita balas dendam tapi kita nak tunjuk kita juga boleh menang,” katanya kepada Sukan NSTP semalam.

Malaysia berjaya melangkah ke final buat kali keempat selepas edisi pertama 1996, 2010 dan 2014 apabila menyingkir- Pengendali skuad kebangsaan kan juara bertahan, Thailand menerusi peraturan gol di tempat lawan susulan keputusan seri 2-2 di Bangkok, Rabu lalu.

Bagi Cheng Hoe, ini pentas final kedua baginya selepas menjadi pembantu kepada jurulatih, Datuk K Rajagobal yang memenangi Piala AFF pertama dan terakhir pada 2010.

Namun Vietnam, juara 2008 bukan calang-calang pasukan apabila kini di ranking ke-100 dunia.

Malah skuad Naga Emas kendalian Park Hang-seo itu menang enam daripada sembilan pertemuan terakhir sejak 2010.

Cheng Hoe bagaimanap­un percaya, aura Stadium Nasional Bukit Jalil bakal mencemaska­n pasukan lawan itu.

Aura penyokong

“Suasana Stadium Nasional Bukit Jalil tidak ada di tempat lain pada kempen Piala AFF ini. Aura hampir 90,000 penyokong memang dirasai. Bukan mudah untuk mana-mana pasukan untuk bermain di sana,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia