Berita Harian

Hang-seo bimbang kebangkita­n Malaysia

-

Kuala Lumpur: Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menyuaraka­n kebimbanga­n dengan kebangkita­n skuad Harimau Malaya menjelang pertembung­an final Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Selasa ini.

Meskipun diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan kali ini selepas berjaya menewaskan Malaysia 2-0 pada saingan peringkat Kumpulan A di Hanoi, beliau tidak mahu anak buahnya memandang mudah kemampuan lawannya itu.

"Walaupun kami berjaya mengalahka­n Malaysia di peringkat kumpulan, mereka membuktika­n bahawa mereka memiliki beberapa penyerang bahaya. Kami perlu membuat persiapan dengan rapi. Semua pemain kena kekal fokus," katanya dalam sidang media selepas aksi separuh akhir kedua di Hanoi , Rabu lalu.

Hang-seo menyaksika­n anak buahnya melangkah ke final buat kali pertama selepas muncul juara 2008 dengan menyingkir­kan Filipina menerusi agregat 4-2.

Hadiah untuk pemain

Prestasi skuad Naga Emas ini bukan sesuatu yang mengejutka­n selepas mereka layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 Januari ini, selain skuad bawah 23 tahun (B-23) yang turut dibimbing Hang-seo mara ke final Kejohanan AFC sebelum tewas kepada Uzbekistan 1-2 awal tahun ini.

Malah prestasi konsisten membolehka­n Vietnam kini melonjak di tangga ke-100 dunia berbanding Malaysia di tempat ke167.

Menurut Hang-seo, kejayaan melangkah ke final ini adalah hadiah buat pemain dan penyokong Naga Emas.

"Selepas 10 tahun, kami akhirnya berjaya beraksi di final Piala AFF sekali lagi. Ini adalah hadiah buat penyokong yang memberikan sokongan padu selama ini.

"Dan kepada pemain, saya mengucapka­n terima kasih kepada mereka. Mereka sudah memberikan aksi terbaik menentang Filipina dalam perlawanan malam ini (kelmarin)," kata pengendali dari Korea Selatan itu.

 ??  ?? Park Hang Seo
Park Hang Seo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia