Berita Harian

Seorang tekong, tiga nelayan hilang

Sebuah bot dengan enjin masih hidup ditemui

- Oleh Junaidi Ladjana

Seorang tekong dan tiga nelayan dilaporkan hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an, man, di lokasi berhampira­n kejadian serangan ke atas bot tunda Magtrans II oleh sekumpulan empat lelaki bersenjata M16.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata selepas serangan terhadap bot tunda itu berlaku Rabu lalu, pasukan keselamata­n menjalanka­n siasatan dan menemui sebuah bot nelayan dengan enjin yang masih hidup, namun tiada individu ditemui.

“Pada hari yang sama, kita menerima laporan polis daripada pemilik syarikat bot nelayan yang memaklumka­n bahawa tekong dan tiga nelayan mereka hilang.

“Setakat ini kita tidak pasti sama ada mereka diculik empat lelaki bersenjata itu atau sebaliknya, siasatan masih dijalankan,” katanya selepas hadir Majlis Perhimpuna­n Bulan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, di sini, semalam.

Omar berkata, individu yang hilang itu membabitka­n dua warga tempatan, manakala dua lagi warga asing berusia lingkungan 20 tahun hingga 40 tahun.

Katanya, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada bot tunda diserang terlebih dahulu sebelum empat lelaki dari bot nelayan itu hilang.

Siasat secara terperinci

“Kita juga tidak dapat mengesahka­n sama ada empat mangsa itu diculik oleh kumpulan berkenaan kecuali kita menerima panggilan daripada suspek untuk tuntut wang tebusan, namun setakat ini belum ada panggilan.

“Pasukan keselamata­n menyiasat secara terperinci mengenai kejadian empat nelayan yang dilaporkan hilang itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang Rabu lalu, bot tunda Magtrans II yang membawa 12 kru terdiri daripada dua warga tempatan dan 11 warga Indonesia dikatakan dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak menuju ke Papua New Guinea.

Sebaik tiba di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an, sebuah bot Pesuruhjay­a Polis Sabah berwarna hitam dinaiki empat lelaki lengkap bersenjata M16 menghampir­i dan menaiki bot tunda berkenaan lalu melepaskan tembakan.

Akibat tembakan itu, tekong bot tunda, Didy Saviady, 40, cedera pada paha selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek terbabit, manakala semua kru selamat.

Omar berkata, mangsa yang terkena tembakan dari bot tunda masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu dan dalam keadaan stabil.

“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku dalam keadaan gelap dan mangsa di bot tunda itu tidak mengetahui suspek datang dari arah mana, sama ada darat atau sempadan negara jiran.

“Kita masih menjalanka­n siasatan mengenai identiti semua suspek terbabit melalui maklumat dalaman kita dan kerjasama dengan pasukan keselamata­n negara jiran,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia