Berita Harian

Kes seludup warga Filipina ke Mahkamah Tinggi

-

Kota Kinabalu: Mahkamah Se syen, di sini, semalam, membenarka­n kes enam lelaki yang didakwa menyeludup masuk warga Filipina ke negara ini dua minggu lalu dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Azreena Aziz membenarka­n prosiding kes itu dipindahka­n selepas menerima permintaan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris dan menetapkan tarikh sebutan semula untuk melengkapk­an dokumen kes pada 11 Januari depan.

Pada 21 November lalu, tertuduh, Anuar Madjiril Hadji, 34; Amin Ali, 28; Omar Sapari, 53; Jashih Mohd Ali, 54; Badri Jalal, 62 dan Muksin Munib (pemegang IMM13) didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh pada prosiding berkenaan, manakala permohonan jaminan terhadap mereka ditolak mahkamah.

Dalam prosiding semalam, peguam Hamid Ismail yang mewakili Jashih membangkit­kan isu mengenai keadaan anak guamnya yang belum dibawa berjumpa doktor seperti diperintah­kan mahkamah pada 21 November lalu.

Rujuk klinik dalam penjara

Mengenai perkara itu, Khairuddin berkata, Jashih sepatutnya sudah dirujuk kepada klinik dalam penjara, namun Hamid menegaskan perkara itu tidak dilakukan.

“Tujuan saya meminta perintah (pada 21 November) bagi membolehka­n mahkamah menentukan sama ada dia (Jashih) sakit atau lemah.

“Saya minta supaya dia dihantar ke Hospital Queen Elizabeth dan bukan klinik penjara, mahkamah bersetuju.

“Dia perlu diperiksa oleh doktor. Sekarang, kita tidak tahu sama ada dia sakit atau lemah,” katanya.

Azreena kemudian meminta pegawai penyiasat memberi penjelasan berkaitan perkara itu dan menurutnya polis tiada kuasa untuk membawa tertuduh keluar dari penjara ke hospital.

Hakim kemudian memerintah­kan Jashih dan empat tertu duh lain iaitu Anuar, Omar, Badri dan Muksin untuk dirujuk kepada doktor bagi pemeriksaa­n kesihatan pada 10 Disember ini.

Dalam hal lain, Hamid turut meminta mahkamah mengeluark­an perintah kepada polis supaya tidak berjumpa dan mengganggu Jashih untuk tujuan siasatan.

Katanya, sebelum tertuduh didakwa, polis sudah menahan anak guamnya untuk siasatan dalam tempoh tertentu.

Mengikut kertas pertuduhan, semua enam tertuduh didakwa melakukan kesalahan di beberapa lokasi di Lapangan terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) antara Februari 2017 dan 24 Oktober lalu.

Hukuman bagi Seksyen 26A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 membabitka­n penjara sehingga 15 tahun atau denda atau keduadua sekali jika sabit kesalahan.

Peguam, Ansari Abdullah mewakili Anuar dan Amin, manakala peguam, Mohd Alhafidz Mohd Lokmar mewakili Muksin dan Badri.

 ?? [ FOTO EDMUND SAMUNTING/BH ] ?? Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu selepas prosiding, semalam.
[ FOTO EDMUND SAMUNTING/BH ] Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu selepas prosiding, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia