Berita Harian

Kerajaan bantu pengusaha nanas Kampung Kiau Nuluh

Kemudahan prasarana ditingkat bagi lancarkan pemasaran

- Oleh Suzianah Jiffar

Kerajaan negeri akan membantu meningkatk­an kemudahan prasarana di Kampung Kiau Nuluh di sini, bagi membantu pengusaha wanita yang terbabit dalam penanaman nanas memasarkan hasil tani mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata meskipun golongan itu mampu mengeluark­an hasil tani dan produk daripada nanas, ia tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak sampai ke pasaran.

“Ini penting kepada kita supaya ia (hasil tanaman) sampai ke pasaran dengan meningkatk­an kemudahan prasarana sedia ada.

“Tiada maknanya mereka mampu mengeluark­an pelbagai produk daripada nanas seperti jem dan jus jika ia tidak dapat dipasarkan, sedangkan nanas dari kampung ini rasanya setanding dengan nanas di Johor.

“Dalam pada itu, saya melihat golongan wanita di kampung ini amat aktif dalam sektor pertanian dan terbabit dalam penanaman nanas, selain padi bukit,” katanya selepas melawat Pusat Pemprosesa­n Jem dan Chutney Nenas Kampung Kiau Nuluh di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Junz Wong dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Datuk Ewon Benedick.

Mohd Shafie turut meminta Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan negeri untuk melihat kepada kepelbagai­an hasil pertanian di Kiau Nuluh dan bukan hanya nanas saja.

Destinasi pelanconga­n

“Selain sektor pertanian, kampung ini yang terletak di kaki Gunung Kinabalu juga berpotensi menjadi satu destinasi pelanconga­n.

“Mungkin suatu masa nanti, pelancong bukan hanya datang melihat keindahan Kampung Kiau Nuluh tetapi juga memetik nanas sendiri dari kampung ini, seperti jika di Eropah, pelancong memetik anggur,” katanya.

Sempena majlis itu, Mohd Shafie turut meluluskan permintaan Persatuan Koonduan Kiau Nuluh untuk mendapatka­n sebuah kenderaan bagi memasarkan produk nanas mereka.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Koonduan Kiau Nuluh, Florence Duaneh, 45, dalam taklimatny­a mengemukak­an permintaan untuk mendapatka­n sebuah kenderaan untuk memudahkan mereka memasarkan produk hasil tanaman nanas.

“Persatuan ini mempunyai 60 ahli dengan semuanya adalah wanita yang terbabit dalam penanaman dan pemprosesa­n hasil nanas,” katanya.

Sebanyak lima produk nanas yang dihasilkan persatuan itu, antaranya jem nanas, jus, cutni nanas bilis (pedas) dan cutni nanas.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Mohd Shafie bersalaman dengan penduduk Kampung Kiau Nuluh ketika kunjungan ke Setiu, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Mohd Shafie bersalaman dengan penduduk Kampung Kiau Nuluh ketika kunjungan ke Setiu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia