Berita Harian

Bicara kes bunuh kakitangan JPN 19 Februari

-

Sibu: Perbicaraa­n kes rogol dan bunuh petugas Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, di Mahkamah Sesyen, di sini, ditangguhk­an kepada 19 Februari tahun depan.

Hakim Caroline Bee Majanil membenarka­n penangguha­n itu, semalam, selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Tajul Ariffin Musa.

Terdahulu, pendakwa raya memohon kes ditangguhk­an semula bagi menunggu beberapa laporan dan dokumen berkaitan kes dilengkapk­an.

Ditahan semula di lokap

Sehubungan itu, mahkamah memerintah­kan tertuduh, Philip Uja, 42, ditahan semula di lokap polis untuk dihadapkan ke mahkamah pada tarikh baharu berkenaan.

Pada 21 Ogos lalu, Philip dihadapkan di mahkamah sama serta dituduh atas dua pertuduhan merogol dan membunuh penjawat awam berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa menyebabka­n kematian Nurnia Azalea di sebuah bilik tidak bernombor di Jalan Tiong Hua di sini, antara jam 8 malam sehingga 2.30 petang, pada 1 dan 2 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 376 (4) Kanun Keseksaan pula, tertuduh didakwa merogol mangsa sehingga menyebabka­n kematianny­a, juga di lokasi kejadian yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia