Berita Harian

‘Tiada khabar Ahli Parlimen Sipitang’

-

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa, tidak pernah berhubung dengan UMNO Sipitang sejak menghilang­kan diri selepas memenangi kerusi Parlimen Sipitang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Usaha NSTP menghubung­i anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman itu, juga tidak berhasil kerana tidak menjawab panggilan atau membalas mesej yang dihantar melalui Whatsapp.

Keadaan itu menyebabka­n tiada siapa tahu sama ada Yamani Hafez akan tampil di Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sebelum tarikh akhir untuk beliau berbuat demikian yang dijadualka­n tamat pada 15 Januari depan.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sipitang, Matbali Musah ketika dihubungi NSTP semalam, memaklumka­n beliau sendiri tidak tahu mengenai perkara itu, selain turut gagal menghubung­i Yamani Hafez.

“Setakat ini (Yamani Hafez) dengan saya belum ada (berhubung). Belum pasti (bila Yamani angkat sumpah) tetapi saya dengar, dia akan datang juga (angkat sumpah). InsyaAllah sebelum 15 Januari,” katanya.

Tertanya-tanya

Matbali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, berkata beliau sendiri tertanyata­nya mengenai masalah dihadapi Yamani Hafez yang menyebabka­nnya tidak dapat hadir mengangkat sumpah di Dewan Rakyat.

Kelmarin, NSTP melaporkan Yamani Hafez yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah dijangka hadir mengangkat sumpah sebelum tempoh yang ditetapkan kepadanya untuk berbuat demikian tamat seperti dimaklumka­n Setiausaha Pemuda UMNO Sabah, Bahrin Abdul Karim.

Difahamkan, Yamani Hafez kini di London dan akan pulang ke Malaysia sebelum tarikh berkenaan, namun tidak pasti bila memandangk­an beliau tidak pernah menghubung­i sesiapa dalam UMNO Sipitang, negeri atau Pemuda UMNO untuk memaklumka­n kedudukann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia