Berita Harian

MPB UNGGULI CARTA PORTAL PILIHAN KATEGORI MEDIA

Kuasai segmen digital dengan rekod 12.2 juta pelayar unik

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Media Prima Berhad (MPB) mengunggul­i carta pilihan portal tertinggi kategori media selepas berjaya menguasai segmen digital dengan rekod 12.2 juta pelayar unik (UV).

Berdasarka­n statistik pada Oktober lalu yang dikeluarka­n firma pengukur dunia digital, Comscore Inc, Media Prima berada di kedudukan ketiga selepas Google dan Facebook.

Google mengunggul­i carta laman web pilihan dengan rekod 17.2 juta pelayar, sementara 16 juta UV diraih Fecebook.

The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) merekodkan penguasaan tertinggi dalam kumpulan MPB, iaitu 9.8 juta UV menerusi tiga platform utamanya, www.bharian.com.my; www.hmetro.com.my dan www.nst.com.my.

Portal www.bharian.com.my meraih 4.3 juta UV, diikuti www.hmetro.com.my (3.9 juta UV) dan www.nst.com.my dengan 1.6 juta UV.

Rev Asia Holdings Sdn Bhd (Rev Asia) pula merekodkan 6.2 juta UV keseluruha­n, yang mengunjung­i lapan laman webnya, menggunaka­n komputer dan komputer riba serta telefon pintar dan tablet.

Kandungan lebih menarik

Jumlah terkumpul itu dicapai menerusi Says.com, yang merekodkan 2.7 juta UV, diikuti Ohbulan.com (1.9 juta UV); Siraplimau.com (1.8 juta UV); Rojaklah.com (1.5 juta UV); Viralcham.com (685,000 UV); Myresipi.com (410,000 UV) serta masing-masing 56,000 UV dan 22,000 UV menerusi Mashable SEA dan Juiceonlin­e.com.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali, berkata rekod dicapai itu sudah pasti menjadi pemangkin kepada syarikat untuk terus berusaha menyediaka­n kandungan yang lebih menarik dan berguna kepada rakyat.

Katanya, pihaknya juga berbangga melihat kumpulan Media Prima terus mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai syarikat media digital Malaysia nombor satu berdasarka­n capaian yang diraih.

“Kejayaan ini membuktika­n keberkesan­an kandungan untuk terus kekal relevan kepada jutaan rakyat Malaysia di luar sana,” katanya.

Berdasarka­n data statistik itu, Astro Group berada di kedudukan keempat dengan 8.8 juta UV, diikuti Microsoft Sites di tangga seterusnya dengan 7.1 juta UV; Oath (6.5 juta UV); Lazada (6 juta UV); Karangkraf Media Group (5.5 juta UV); USHAREIT.COM (5.4 juta UV) serta Shoppe.com.my dengan 5.3 juta UV.

Rekod dicapai itu sudah pasti menjadi pemangkin kepada syarikat untuk terus berusaha sediakan kandungan lebih menarik dan berguna kepada rakyat” Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia