Berita Harian

EMPAT SERANG ADIB KENA REMAN

Individu diarah bantu siasatan insiden anggota bomba dipukul sehingga parah

- Oleh Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my

Empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada malam Selasa minggu lalu, direman selama empat hari bermula semalam.

Perintah tahanan reman suspek dikeluarka­n Majistret Mohd Nor Hafidzuddi­n Yusoff di Mahkamah Majistret di sini.

Keempat-empat individu yang direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Bagi kesalahan itu, suspek boleh dipenjara maksimum 20 tahun, jika disabit kesalahan.

Tunggu masa sesuai ambil keterangan

NSTP semalam melaporkan polis menunggu masa sesuai berdasarka­n kesihatan Muhammad Adin untuk mengambil keterangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata setakat semalam, pihaknya masih menunggu perkembang­an lanjut mengenai anggota bomba itu daripada Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil itu.

Akibat kejadian itu, Muhammad Adib yang cedera parah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi.

Beliau kemudian dipindahka­n ke IJN, Kuala Lumpur, malam esoknya dan setakat ini dilaporkan tidak lagi menggunaka­n mesin sokongan jantung.

Dua hari lalu, Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, dilaporkan berkata pihaknya berpuas hati dengan perkembang­an positif Muhammad Adib dari semasa ke semasa yang kini berada pada tahap 70 peratus.

Setakat semalam, pihak kami masih menunggu perkembang­an lanjut mengenai anggota bomba itu daripada Institut Jantung Negara” Mazlan Mansor, Ketua Polis Selangor

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia