Berita Harian

‘3 tahun pulih semula ekonomi negara’

-

Putrajaya: Kerajaan mengambil langkah untuk mengatasi keadaan ekonomi dalam jangka masa tiga tahun untuk mengembali­kan Malaysia kepada landasan yang betul ketika cabaran ekonomi yang melanda negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan juga mengalu-alukan pengekalan pengadaran oleh Moody’s Investors Service, kelmarin untuk hutang terbitan mata wang tempatan dan asing serta hutang tidak bercagar kanan Malaysia pada tahap A3 dan jangkaan kekal stabil.

“Pengekalan pengadaran yang tidak berubah ini dicapai meskipun mereka sudah mengambil kira kekuatan fiskal Malaysia menurun dengan defisit fiskal sebanyak 3.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018, 3.4 peratus pada 2019, tiga peratus pada 2020 dan kurang daripada 2.8 peratus pada 2021, akibat skandal korupsi berkaitan dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdahulu.

Usaha berhemat terpuji

“Keyakinan Moody’s dalam potensi pertumbuha­n Malaysia yang teguh, pasaran modal domestik yang dalam, kerangka institusi yang kukuh termasuk keberkesan­an dasar monetari yang tinggi, semuanya memberi kesan kredit positif yang padu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Moody’s kelmarin terus mengekalka­n profit credit’ Malaysia yang stabil, sekali gus mencermink­an usaha berhemat kerajaan untuk menguruska­n kedudukan hutangnya.

Agensi penarafan antarabang­sa itu mengukuhka­n penarafan bon kerajaan Malaysia, pada A3 sambil mengekalka­n tinjauan stabil dalam penilaian terbarunya terhadap kedudukan kredit negara ini.

Guan Eng berkata, Moody’s turut menyatakan bahawa dalam jangka masa panjang, prospek ekonomi Malaysia dibantu oleh infrastruk­tur yang dibangunka­n dengan baik, kekayaan sumber alam dan sektor perkhidmat­an dan pembuatan yang berdaya saing secara global.

“Perkara ini dibuktikan dengan peningkata­n mendadak di dalam eksport bagi Oktober 2018 kepada paras tertinggi sebanyak RM96.4 bilion dan lebihan dagangan sebanyak RM16.3 bilion,” katanya.

Perkara ini dibuktikan dengan peningkata­n mendadak di dalam eksport bagi Oktober 2018” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia