Berita Harian

Bina PDF jika penduduk setuju

-

Kuantan: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata Lynas Corporatio­n Ltd (LYNAS) boleh membina tapak pelupusan kekal (PDF) dengan syarat ia mendapat persetujua­n orang awam, terutama penduduk Kuantan.

Beliau berkata, keputusan LYNAS menawarkan penyediaan PDF itu dilihat hanya sebagai alasan pihak pengurusan syarikat memproses nadir bumi berkenaan melengah-lengahkan tindakan tegas kerajaan terhadapny­a.

“Kalau nak kira, dahulu lagi kerajaan sudah arahkan mereka bina PDF, tapi mereka (LYNAS) beri alasan untuk melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) terhadap sisa nadir bumi yang sudah diproses.

“Laporan dikeluarka­n Jawatankua­sa Khas Bagi Mengkaji Operasi LYNAS sudah jelas bahawa sisa nadir bumi itu tidak sesuai digunakan sebagai baja untuk pertanian kerana mengandung­i bahan radioaktif yang sangat berisiko tinggi.

Adakan sesi pendengara­n awam

“Kenapa sekarang mereka timbulkan balik perkara ini (pembinaan PDF)? Bagi saya, ini semua taktik mereka sahaja, kalau boleh nak buat PDF, saya alu-alukan, tapi pastikan ia mendapat persetujua­n semua penduduk dan mengadakan sesi pendengara­n awam terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung dan Pengerusi Save Malaysia Stop LYNAS, Tan Bun Teet.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan turut meminta LYNAS meneruskan hasrat mereka mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan berikutan pengumuman Menteri Tenaga, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin yang meminta pihak syarikat memproses nadir bumi itu mengikuti saranan dikemukaka­n Jawatankua­sa Khas Bagi Mengkaji Operasi LYNAS, termasuk menghantar semula sisa radioaktif ke Australia.

“Kalau betul mereka (LYNAS) nak saman (kerajaan), silakan... Menteri (Bee Yin) pun sudah menyatakan kesediaaan untuk menghadapi saman LYNAS dan beliau juga sudah bertemu dengan Peguam Negara (Tommy Thomas) bagi membincang­kan perkara berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia