Berita Harian

Melayu perlu usaha elak terus ketinggala­n

PM gesa gigih majukan diri seperti kaum lain

- Oleh Iskandar Shah Mohamed

Tun Dr Mahathir Mohamad mahu orang Melayu dan Bumiputera berusaha lebih kuat memajukan diri bagi mengelak terus ketinggala­n dengan kaum lain serta miskin di negara ini.

Perdana Menteri melahirkan rasa malu melihat keadaan masyarakat Melayu yang masih ketinggala­n di negara sendiri, walaupun memiliki kuasa dalam pentadbira­n.

“Kaum Melayu kini tertinggal dan kedudukan kita tidak menyenangk­an. Jangan kata tidak kerana itulah hakikat sebenarnya kerana kita tergolong dalam rakyat termiskin.

“Jika terus tinggal di luar bandar, kita tidak akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa di bandar. Kita tidak bermusuh dengan kaum lain dan tidak mahu kaum lain sahaja duduk di bandar.

Kena usaha lebih kuat

“Andai tiada kuasa politik dan keistimewa­an, kita akan jadi lebih susah dari sekarang walaupun ada bantuan disalurkan, termasuk biasiswa pendidikan sehingga ke luar negara.

“Bagi menjaga diri dan bangsa Melayu, kita kena usaha lebih dari orang lain. Jika berada di belakang, kita perlu berlari lebih kuat daripada orang lain di hadapan. Kita ini cekap dan pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Mahasiswa Graduan dan Profesiona­l bersempena Karnival Pendidikan Kerjaya dan Usahawan Muda Bumiputera 2018 (PUTRA 2018) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi PUTRA 2018, Datuk Mohd Rafiq Naizamohid­een.

PUTRA 2018 disertai 100 pempamer dari syarikat GLC, swasta dan agensi kerajaan itu menjadi platform belia mendapatka­n informasi mengenai kepentinga­n melanjutka­n pelajaran, mendapatka­n peluang pekerjaan dan menerokai bidang keusahawan­an pada peringkat kebangsaan.

Karnival julung kali selama sehari itu menyediaka­n pelbagai tawaran pendidikan, kerjaya dan pendedahan keusahawan­an Bumiputera.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut dianugerah­kan Tokoh Bumiputera Unggul 2018 atas sumbangann­ya kepada pembanguna­n kaum Melayu dan Bumiputera.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ??
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia