Berita Harian

‘AIM tidak akan dibubar’

-

Kota Bharu: Kerajaan tidak akan membubarka­n Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) keseluruha­nnya, sebaliknya hanya akan menutup anak syarikatny­a yang ditubuhkan tanpa mengikut undang-undang.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Radzi Jidin, berkata pimpinan pembangkan­g diminta tidak mengeliruk­an rakyat kerana AIM akan berfungsi seperti biasa.

Katanya isu penubuhan anak syarikat AIM itu itu perlu diselesaik­an segera kerana agensi berkenaan adalah satu entiti dan mengikut akta tidak ada anak syarikat di bawahnya.

“Isu sekarang ini adalah anak syarikat yang ditubuhkan tanpa ikut undang-undang dan penubuhan itu bertentang­an dengan akta berkaitan penubuhan AIM.

Kaji isu tubuh anak syarikat

“Masyarakat perlu faham, kita bukannya hendak bubar AIM. Kini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang melihat bagaimana untuk menyelesai­kan penubuhan anak syarikat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Khatan Beramai-ramai anjuran Pertubuhan Kebajikan Insaniah Ketereh di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Radzi berkata, kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tidak sepatutnya meletakkan kesilapan pada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membubarka­n anak syarikat AIM.

“Pemimpin Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeliruk­an rakyat berhubung isu itu kerana AIM masih berfungsi seperti biasa,” katanya.

Kini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang melihat bagaimana untuk menyelesai­kan penubuhan anak syarikat ini” Dr Radzi Jidin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia