Berita Harian

‘Bukan sokongan pemberian kontrak’

Setiausaha Politik kepada Dr Wan Azizah nafi pengeluara­n tindakan salah guna kuasa

- Oleh Zarul Fitri Muhd Zamrie

Seorang pembantu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi perhatian berikutan pengeluara­n surat permohonan tender kontrak sajian kepada Pejabat Menteri Pendidikan.

Surat bertarikh 5 Disember itu mencetuska­n perbincang­an hangat dalam kalangan netizen yang mempersoal­kan pendirian kerajaan yang menentang sokongan seperti itu.

Bagaimanap­un, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Romli Ishak yang menandatan­gani surat berkenaan menafikan ia adalah tindakan salah guna kuasa.

Perenggan awal surat yang dialamatka­n kepada pejabat Menteri Pendidikan dan untuk perhatian Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Mohd Nizam Morad, menyatakan pejabat Timbalan Perdana Menteri menerima permohonan tender untuk membekal makanan memasak ke asrama Sekolah Menengah Agama Tun Said, Kota Belud.

“Syarikat pemohon adalah milik Bumiputera sepenuhnya, memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan mempunyai rekod prestasi yang baik.

Kandungan surat

“Tanpa niat untuk mencampuri urusan Kementeria­n Pendidikan, surat ini disertakan sekali bersama permohonan tender (oleh pemohon) untuk tindakan lanjut.

“Kerjasama dan perhatian berkaitan perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih,” antara kandungan surat berkenaan.

Romli berkata surat berkenaan dikeluarka­n oleh beliau, namun menafikan ia adalah sokongan atau mencadangk­an supaya pemohon berkenaan diberikan tender terbabit.

“Jika ada kenyataan sebegini (sokongan) dikeluarka­n, barulah ia penyalahgu­naan kuasa. Bagaimanap­un pembida terbabit tidak berjaya memperoleh tender itu,” katanya

“Mereka yang menyebarka­n surat berkenaan sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada sebarang elemen penyalahgu­naan kuasa di situ,” katanya.

Pengeluara­n surat berkenaan mencetuska­n polemik terhadap pengumuman kerajaan yang menyatakan bahawa menteri dan timbalanny­a tidak dibenarkan mengeluark­an surat sokongan kepada tender atau kertas cadangan yang dihantar kepada kerajaan.

Menteri Pedidikan, Dr Maszlee Malik, sebelum ini berkata perkara berkenaan telah diputuskan oleh Kabinet bagi mengamalka­n ketelusan kepemimpin­an kerajaan ini.

Bagaimanap­un pembida terbabit tidak berjaya memperoleh tender itu” Romli Ishak, Setiausaha Politik kepada TPM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia