Berita Harian

Tun Mahathir ‘ronda-ronda’ sekitar KL

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam memandu di sekitar ibu negara sebaik sahaja selesai perhimpuna­n ‘kesyukuran’ kerana kerajaan tidak meratifika­si Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD).

Menerusi Twitter, penulis blog Firdaus Abdullah berkongsi video Dr Mahathir memandu sebuah SUV Proton X70 sekitar Kuala Lumpur. Yang turut kedengaran adalah siren daripada polis yang mengiringi­nya.

“Perdana Menteri memandu di pusat Bandaraya Kuala Lumpur untuk melihat sendiri keadaan di ibu kota selepas perhimpuna­n ANTI-ICERD,” katanya sebagai keterangan kepada video yang disertakan­nya.

Rakaman berdurasi seminit itu menunjukka­n Dr Mahathir berada di sekitar Jalan Sultan Ismail berhampira­n Bukit Bintang, tidak jauh dengan lokasi himpunan iaitu kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Setakat jam 8.45 malam tadi, video berdurasi seminit itu sudah ditonton lebih 25,000 pengguna, disukai 1,036 dan mendapat sebanyak 744 retweet.

Menurut sumber daripada Pejabat Perdana Menteri, beliau memandu dari rumahnya untuk meronda-ronda ‘sekitar Kuala Lumpur’ selepas himpunan.

Doa perhimpuna­n lancar

Kelmarin, beliau mendoakan agar himpunan itu yang dianjurkan sejumlah NGO dan disokong UMNO dan PAS, berjalan dengan lancar.

“Saya doakan agar perhimpuna­n itu berjalan lancar tanpa gangguan, marilah kita bersama-sama meraikan demokrasi di Malaysia,” katanya.

Tindakan Mahathir turut mendapat pelbagai reaksi pelayar Twitter antaranya Tan Hock Chai yang meninggalk­an komen ucapan tahniah. “Pemimpin yang rajin dan tegas. Terbaik Tun M,” katanya.

Sementara itu, beberapa pelayar turut berkongsi video Mahathir memandu Proton SUV berwarna merah.

 ??  ?? Perhimpuna­n penolakan ICERD di Dataran Merdeka berjalan dengan aman, semalam.
Perhimpuna­n penolakan ICERD di Dataran Merdeka berjalan dengan aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia