Berita Harian

Banyak premis perniagaan tutup

-

Kuala Lumpur: Kebanyakan premis terutama kedai menjual pakaian sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini tutup berikutan perhimpuna­n ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD).

Tinjauan BH mendapati, kebanyakan kedai tidak beroperasi seperti hari-hari biasa, begitu juga dengan kehadiran pengunjung yang boleh ‘dibilang dengan jari’.

Biasanya, operasi di kawasan terbabit meriah apatah lagi pada hujung minggu dengan orang ramai mengambil peluang hari cuti untuk membeli-belah.

Bagaimanap­un, apa yang berlaku semalam adalah sebaliknya apabila hanya beberapa peniaga membuka kedai namun, pada masa sama mengambil pendekatan berhati-hati.

Semuanya memberi alasan keselamata­n perniagaan dan pekerja lebih diutamakan.

‘Lautan baju putih’

Ada pengunjung yang dilihat berpatah balik selepas melihat ‘lautan baju putih’ memenuhi kawasan sepanjang jalan berkenaan.

Peniaga kain, Faridah Abu Salim, mengakui bimbang dengan situasi itu biarpun keadaan aman dan terkawal.

“Ada juga rasa was-was tapi, bos suruh buka (kedai). Tambahan, ada beberapa kedai lain yang turut beroperasi, rasa ok sikit. Tapi, kalau semua tutup saya pun tak berani.

“Walaupun masih aman, saya tetap ambil langkah berhati-hati dan tidak keluarkan semua barang sebab kalau apa-apa jadi senang nak tutup,” katanya.

Bagi Emilia Akhiruddin, dia sudah menjangkak­an akan ‘hilang’ pelanggan semalam berikutan perhimpuna­n itu.

Katanya, ia mungkin didorong oleh faktor bimbang akan keselamata­n menyebabka­n orang ramai takut untuk keluar pada semalam ditambah dengan banyak jalan ditutup.

Sementara itu, tiga penuntut sebuah universiti terkejut melihat ribuan manusia memenuhi Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Farahatul Adha khalid, 20, bersama dua rakannya, Nurul Syafika Abd Karim dan Najwatul Makwa Khalid datang ke situ menaiki Grab untuk membeli-belah dan mendakwa tidak tahu ada perhimpuna­n dianjurkan.

“Kami datang nak cari baju tapi, sampai sahaja di sini terkejut tengok ramai orang pakai baju putih.

“Kami memang tak tahu ada perhimpuna­n. Pemandu Grab yang bawa kami pun tak tahu.

“Memang perasaan tu takut, bimbang keselamata­n sebab majoritiny­a adalah lelaki,” katanya.

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk keluar dari kawasan terbabit dan pergi ke lokasi yang lebih selamat.

Bagaimanap­un, seorang juruteknik, Mohammad Faizal Abdulllah, 35, pula berupaya menjana pendapatan sampingan berikutan himpunan itu.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia memulakan perniagaan dengan membuka meja jualan air minuman di kaki lima di Jalan Raja, di sini, pada jam 10 pagi.

 ??  ?? ratifikasi ICERD, semalam.
ratifikasi ICERD, semalam.
 ?? [FOTO ASWADI ALIAS, LUQMAN HAKIM ZUBIR, MUHD ZAABA ZAKERIA, EIZAIRI SHAMSUDIN DAN MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI /BH] ?? Ahmad Zahid dan Mohamad turut menyertai perhimpuna­n penolakan
[FOTO ASWADI ALIAS, LUQMAN HAKIM ZUBIR, MUHD ZAABA ZAKERIA, EIZAIRI SHAMSUDIN DAN MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI /BH] Ahmad Zahid dan Mohamad turut menyertai perhimpuna­n penolakan
 ??  ?? Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir berhimpun di ibu negara.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir berhimpun di ibu negara.
 ??  ?? Premis perniagaan sekitar ibu negara ditutup berikutan perhimpuna­n penolakan ratifikasi ICERD, semalam.
Premis perniagaan sekitar ibu negara ditutup berikutan perhimpuna­n penolakan ratifikasi ICERD, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia