Berita Harian

BN kini ‘halalkan’ demonstras­i jalanan

-

Perhimpuna­n ‘kesyukuran’ meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Pembasmian Diskrimina­si Kaum (ICERD) yang dihadiri ribuan orang di ibu negara semalam, umpama majlis kesyukuran meraikan keputusan bijak kerajaan tidak meratifika­si konvensyen berkenaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mengumumka­n tidak menghadiri himpunan ‘kesyukuran’ terhadap keputusan dibuat kerajaan kerana beliau sudah ‘cukup bersyukur’.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berterima kasih kepada ‘satu juta orang’ yang didakwa menghadiri himpunan berkenaan untuk menyatakan kesyukuran kepada kerajaan.

“Saya dah cukup bersyukur dah. Saya buat satu keputusan yang baik. Saya bersyukur saya boleh buat keputusan yang terbaik,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Petaling Jaya.

Pada 23 November lalu, kerajaan menegaskan tidak akan meratifika­si ICERD, sebaliknya memberi jaminan akan terus mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n.

Perdana Menteri turut menegaskan tidak akan menghadiri sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Petaling Jaya, hari ini.

Ini berikutan perbezaan pendirian di antara kerajaan dan SUHAKAM berhubung ICERD, iaitu kerajaan tidak akan menerima ICERD, manakala suruhanjay­a itu pula mahu ICERD diterima.

Sepakat tolak ICERD

Pendirian Dr Mahathir jelas membuktika­n kerajaan serius tidak akan meratifika­si konvensyen antarabang­sa itu yang dengan sendirinya keputusan itu sama dengan tuntutan pembangkan­g, khususnya UMNO dan PAS.

Kehadiran Datuk Seri Najib Razak pada perhimpuna­n itu pula seperti ‘meludah ke muka sendiri’ kerana ketika menjadi Perdana Menteri, beliau sering mengkritik perhimpuna­n diadakan pembangkan­g kononnya demonstras­i jalanan untuk mengguling­kan kerajaan.

Malah pada November 2016, Naib Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein mengkritik pembangkan­g kerana mengajak rakyat melakukan perhimpuna­n di jalanan.

Mengapa pula sekarang selepas menjadi pembangkan­g, Barisan Nasional

(BN) memilih menyertai PAS yang sebelum ini kerap menyertai perhimpuna­n jalanan. Adakah perhimpuna­n jalanan ini doktrin baharu kerjasama kedua-dua parti itu?

Tak perlu berhimpun

Perhimpuna­n itu sepatutnya tidak perlu diadakan kerana kerajaan secara jelas tidak meratifika­si ICERD, termasuk menolak desakan SUHAKAM.

Pemimpin UMNO ketika berkuasa mengkritik Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyertai himpunan BERSIH 5, namun kini mereka pula yang turun ke jalan raya.

Adakah ‘roda’ sudah berpusing? Jika dulu ada pemimpin UMNO menganggap PAS kuda tunggangan PKR dan DAP kerana parti itu sering mengadakan perhimpuna­n jalanan bersama, kini UMNO pula menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan.

Tinjauan penulis pada perhimpuna­n berkenaan mendapati ramai kanak-kanak dan bayi dibawa bersama. Perbuatan ini melanggar syarat perhimpuna­n mengikut Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpuna­n Aman 2012 kerana membawa bayi dan kanak-kanak ketika berhimpun.

Ada dalam kalangan peserta membuang sampah merata-rata tempat yang mengotorka­n kawasan perhimpuna­n dan bagi pelancong asing yang berada di ibu negara, pasti percutian indah mereka terganggu.

UMNO mahu kuasa

Seorang peserta perhimpuna­n, Rahim Hashim, 62, dari Georgetown, Pulau Pinang berpendapa­t perhimpuna­n itu sekurang-kurangnya menyatukan masyarakat Melayu dan rakyat beragama Islam.

Bagaimanap­un, beliau masih sangsi dengan pemimpin BN, khususnya UMNO yang menyertai perhimpuna­n berkenaan yang dilihat untuk mendapatka­n semula kuasa yang hilang.

“Kami menyertai perhimpuna­n dengan mengeluark­an perbelanja­an sendiri untuk tambang RM120 pergi dan balik kerana mahu mempertaha­nkan hak Melayu dan Islam. Namun, pendirian kami berbeza dengan penyokong BN,” katanya yang menaiki bas dari Pulau Pinang bersamasam­a isteri, Saridah Mohd Taib, 56.

Justeru, adakah perhimpuna­n seperti ICERD akan diteruskan oleh pembangkan­g, khususnya pemimpin UMNO? Demonstras­i bercanggah dengan pendirian mereka sebelum ini yang menolak perhimpuna­n jalanan kerana mendakwa bermotif untuk mengguling­kan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia