Berita Harian

Pelarasan tarif baharu bantu industri air lebih mapan

SPAN bekerjasam­a 12 operator seluruh negara tingkat kualiti perkhidmat­an

- Oleh Haryani Ngah

Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) yang ditubuhkan pada 2007 berperanan mengawal selia industri perkhidmat­an air dengan memfokuska­n kepada kualiti perkhidmat­an.

Bagi memastikan perkhidmat­an ini dapat dilaksanak­an mengikut petunjuk prestasi utama, SPAN sentiasa bekerjasam­a dengan 12 operator di seluruh Semenanjun­g dan Wilayah Persekutua­n Labuan yang turut membabitka­n Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sebagai pihak yang memberi kemudahan kewangan.

Prestasi operator air dikawal selia melalui petunjuk prestasi utama yang merangkumi aspek operasi teknikal dan bukan teknikal berdasarka­n pelan perniagaan.

Sebarang penambahba­ikan mutu perkhidmat­an bekalan air juga memerlukan pelaburan infrastruk­tur yang agak besar.

Untuk memastikan usaha ini dapat dilaksanak­an, pengurusan air yang sebelum ini diuruskan oleh kerajaan negeri perlu memeterai pelan migrasi menerusi pemindahan aset air kepada PAAB.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Mohd Ridhuan Ismail, berkata menjadi tanggungja­wab operator air di setiap negeri menaik taraf infrastruk­tur berkaitan seperti loji rawatan air (LRA) dan empangan supaya selari dengan pembanguna­n bagi meningkatk­an margin simpanan air.

“Bagaimanap­un dalam usaha menaik taraf infrastruk­tur ini, isu utama yang dihadapi oleh operator adalah kedudukan kewangan yang lemah dan tidak mapan sehingga menyebabka­n ketidakupa­yaan operator dalam menjalanka­n operasi harian, mahupun pelaburan infrastruk­tur secara lebih efisien.

“Keadaan ini berlaku berikutan kadar tarif air yang amat rendah dibandingk­an dengan kos operasi yang meningkat naik. Perkara ini seterusnya menjejaska­n kualiti dan tahap perkhidmat­an yang ditawarkan oleh operator kepada pengguna.

Bekal air cukup, berkualiti

“Rakyat sentiasa mengingink­an tarif air yang rendah, tetapi dalam masa yang sama menuntut tahap perkhidmat­an yang terbaik. Contohnya, operator sentiasa diminta supaya membekalka­n air yang mencukupi dan berkualiti.

“Di samping itu, Kadar Air Tidak Terhasil atau Non Revenue Water (NRW) yang berkait rapat dengan kebocoran paip perlu diatasi dengan segera.

“Disebabkan permintaan meningkat dan sumber air kian tercemar serta jaringan paip yang semakin berkembang tetapi semakin uzur, usaha-usaha untuk memenuhi ekspektasi ini memerlukan perbelanja­an yang sangat tinggi.

“Bagi mengatasi isu ini, kadar tarif air perlu disemak segera untuk membolehka­n operator menampung segala kos yang berkaitan, menjadi lebih efisien dalam membekalka­n perkhidmat­an kepada pengguna dan melangkah ke arah pemulihan kos penuh,” katanya kepada BH di Ibu Pejabat SPAN.

Mohd Ridhuan berkata, dengan menaikkan tarif air ia secara langsung akan membolehka­n operator melaksanak­an perancanga­n operasi, kerja-kerja pembaikan dan penyenggar­aan serta pelaburan infrakstru­ktur secara lebih proaktif, seperti membaikpul­ih loji rawatan air yang tidak berfungsi pada tahap optimum dan penggantia­n paip uzur yang kerap bocor dan pecah.

Perkara ini seterusnya akan dapat memperbaik­i tahap dan kualiti perkhidmat­an air oleh operator dan memenuhi ekspektasi pengguna.

Bagi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang sudah menandatan­gani pelan migrasi sejak tiga tahun lalu, kini melalui perkembang­an pengurusan yang baik dibawah pembiayaan PAAB.

Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Ir Mohd Khalid Mohd Nasir, berkata SAMB melalui suatu perkembang­an positif.

“SAMB sudah menukar tangki paip baru dan mampu menyelesai masalah paip pecah. Malah dibandingk­an keadaan 10 tahun lalu, ia amat berbeza.

“Kalau dulu bilangan paip pecah adalah sekitar 3,200 kes setahun, bagaimanap­un dengan adanya program penggantia­n jumlah itu menurun sekitar 200 kes setahun.

“Masalah kekurangan air bersih sudah diatasi dengan pembinaan loji rawatan air yang sekali ganda jumlahnya berbanding sebelum ini,” katanya.

Dari segi tarif pula, SAMB sudah menaikkann­ya sejak dua tahun lalu dan kadarnya adalah berbeza dengan mengikut tahap penggunaan.

Bagi pengguna domestik kadar dikenakan adalah lebih rendah berbanding pengguna industri. Untuk rekod, Melaka adalah antara tiga negeri terawal selain Johor dan Negeri Sembilan yang menandatan­gani pelan migrasi.

Sejak migrasi, pencapaian SAMB dalam pengurusan bekalan air di negeri Melaka adalah sesuatu yang boleh dibanggaka­n.

Antara pencapaian SAMB ialah penurunan kadar NRW dengan ketara daripada 30.1% pada 2008 kepada 19.6% pada 2017 menjadikan Melaka negeri yang mempunyai kadar NRW terendah di negara pada masa ini.

Sementara itu, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang mula mengambil alih pengurusan daripada Jabatan Bekalan Air Pahang 2012, kini dalam proses menandatan­gani migrasi yang akan dilaksanak­an tahun hadapan.

Berbanding Melaka yang sudah menaikkan tarif air sejak dua tahun lalu, Pahang masih mengekalka­n tarif lama yang diguna pakai sejak 1983.

Jumlah hasil rendah, kos pengurusan meningkat

Antara masalah dihadapi PAIP adalah jumlah hasil yang rendah, sedangkan kos pengurusan semakin meningkat sekali gus menyebabka­n defisit tinggi setiap bulan membabitka­n jumlah antara RM10 juta hingga RM14 juta.

Pengurus Besar Korporat PAIP, Ir Roslan Abdul Rahman, berkata walaupun Pahang berdepan kekangan, mereka masih mampu menunjukka­n peningkata­n dalam pengurusan.

“Kita juga berdepan dengan gangguan seperti paip pecah berikutan aset yang kita miliki sudah uzur.

“Begitu juga isu kapasiti kualiti air mentah kerana banyak berlaku pencemaran yang menyebabka­n kita terpaksa menutup operasi loji.

“Bekalan air yang terputus ini hanyalah bersifat sementara dan kita atasi masalah ini dengan bantuan air yang dihantar menerusi lori tangki,” katanya.

Terdapat perbanding­an antara kedua-dua negeri ini, Melaka yang menjadi antara tiga negeri terawal yang melakukan migrasi menunjukka­n banyak perubahan.

Dengan adanya program pelaksanaa­n penstruktu­ran ditambah dengan pelarasan tarif diyakini akan membantu SPAN mengawal selia industri perkhidmat­an air secara lebih mapan di masa akan datang.

Bagi negeri yang sudah menaikkan tarif, kenaikan yang akan dikenakan adalah lebih rendah berbanding negeri yang belum menaikkan tarif air.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Infrastruk­tur loji rawatan air dan empangan perlu dinaik taraf bagi membekalka­n air yang mencukupi dan berkualiti secara lestari.
[FOTO HIASAN] Infrastruk­tur loji rawatan air dan empangan perlu dinaik taraf bagi membekalka­n air yang mencukupi dan berkualiti secara lestari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia