Berita Harian

Melayu mesti bersatu pertahan Institusi Beraja

-

Keunikan sistem pemerintah­an di Malaysia teradun di antara unsur moden dan tradisiona­l. Unsur modennya terletak pada sistem demokrasi berparlime­n, manakala unsur tradisiona­l terletak pada kedudukan Raja sebagai warisan sosiopolit­ik masyarakat Melayu. Namun, Raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak kerana sistem Raja pada hari ini sudah diikat dengan Perlembaga­an Persekutua­n menjadikan­nya sebagai Raja Berperlemb­agaan.

Perlembaga­an meletakkan Yang di-pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Ketua Agama Islam dan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sultan dan Raja di sembilan negeri yang beraja pula menjadi ketua negeri masing-masing. Bagi negeri tidak beraja, Yang di-pertua Negeri menjadi ketua negeri.

Raja bertanggun­gjawab memelihara adat istiadat orang Melayu dan pentadbira­n agama Islam di negeri masing-masing. Bagi negeri yang tidak beraja (Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n), Yang di-pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri terbabit. Majlis Raja-raja berfungsi memilih Yang di-pertuan Agong dan Timbalan Yang di-pertuan Agong seperti diperuntuk­kan di bawah Perkara 38 Perlembaga­an Persekutua­n.

Pentadbira­n bercorak demokrasi pula berasaskan sistem Perserinta­han kutuan. Ini bermakna semua negeri yang membentuk Persekutua­n Malaysia bersetuju untuk menyerahka­n sebahagian kuasa kepada Kerajaan Pusat. Antaranya termasuk pentadbira­n kewangan, pelajaran, kesihatan, pertahanan dan hal ehwal luar negara.

Pembahagia­n kuasa

Negeri pula mentadbir mengikut bidang kuasa diberi Perlembaga­an. Pembahagia­n kuasa di antara Pusat dan negeri ini selari dengan apa yang digariskan dalam Perlembaga­an Persekutua­n. Selain itu, ciri penting amalan demokrasi di negara kita ialah pembahagia­n kuasa kepada tiga bahagian, iaitu perundanga­n, kehakiman dan eksekutif (pentadbira­n).

Parlimen ialah badan perundanga­n tertinggi di Malaysia. Institusi ini mengandung­i Yang di-pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Sebagai badan perundanga­n bagi Kerajaan Persekutua­n, Parlimen boleh membuat undang-undang untuk dikuatkuas­akan di seluruh negara.

Selain meluluskan undang-undang Persekutua­n, institusi tertinggi negara ini boleh membuat pindaan undang-undang Persekutua­n sedia ada, menyemak dasar kerajaan, meluluskan perbelanja­an kerajaan serta meluluskan sistem cukai yang baharu.

Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan hanya Yang dipertuan Agong boleh memanggil Parlimen untuk bersidang, memberhent­i atau membubarka­n Parlimen. Parlimen berjalan selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertamanya selepas pilihan raya umum (PRU).

Pada penghujung tempoh lima tahun, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan ahlinya dipanggil bermesyuar­at pada suatu tarikh tidak lewat 120 hari daripada pembubaran­nya.

Untuk proses itu, PRU yang juga ciri penting sistem demokrasi di Malaysia perlu diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen bagi memilih wakil baharu. Pada hakikatnya, pilihan raya yang diadakan itu adalah manifestas­i kedaulatan rakyat. Maknanya, rakyat membabitka­n diri dalam sistem pemerintah­an negara, manakala Rajaraja pula sebagai lambang ketaatseti­aan rakyat terhadap negara.

Justeru, dapat disimpulka­n bahawa manifestas­i daripada kedaulatan rakyat dan Raja Berperlemb­agaan sudah menjadikan corak pemerintah­an negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlime­n dan Raja Berperlemb­agaan.

Oleh itu, selagi konsep peme- ini dipertahan­kan, negara kita tidak akan menjadi negara republik. Sistem pemerintah­an republik tidak menerima pakai Institusi Beraja dan kerajaan diketuai oleh presiden.

Walaupun dalam sistem republik, pilihan raya masih diguna pakai bagi memilih presiden, ini tidak sesuai dengan sistem pemerintah­an demokrasi berparlime­n dan Raja Berperlemb­agaan yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaa­n. Justeru, penting bagi parti politik di negara ini berpegang kepada ideologi politik berasaskan demokrasi berparlime­n dan Raja Berperlemb­agaan.

Berasaskan sejarah dan warisan budaya, Melayu ialah bangsa yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan Institusi Beraja. Oleh itu, bergantung kepada Melayu sendiri dalam mempertaha­nkan institusi yang penuh makna ini.

Orang Melayu perlu ingat jika perpaduan dalam kalangan mereka menjadi lemah dan berpecah-belah dalam politik, akan berlaku asakan yang kuat daripada golongan yang mahu melihat Institusi Beraja ini berkubur dan terus tinggal sebagai bahan sejarah di muzium.

Mudah adu domba

Justeru, titah Timbalan Yang dipertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bahawa Melayu mesti bersatu supaya menjadi kuat dan teguh penting untuk difahami dan disedari oleh mereka.

Jika Melayu terus bercakaran, suka menconteng arang sesama sendiri dan mudah diadu domba secara halus oleh golongan yang ada agenda jahat terhadap bumi Melayu ini, maka bangsa ini akan menjadi lemah dan ‘mati’ sehingga akhirnya tanah leluhur ini menjadi milik orang lain.

Oleh itu, orang Melayu mesti terus menjadikan Institusi Raja tempat penyatuan ummah kerana melalui institusi ini, bukan sahaja kaum Melayu dapat bertahan di bumi sendiri, Islam juga dapat didaulatka­n berasaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Walaupun, Institusi Raja tidaklah mempunyai kuasa mutlak, dengan kedudukan Seri Paduka sebagai pemelihara hak keistimewa­an Melayu dan Ketua Agama Islam, cukup untuk memelihara kedudukan bangsa, agama dan tanah air. Syaratnya, Melayu mesti bersatu dengan menjauhi sifat mazmumah yang boleh melemahkan kesatuan dan merosakkan bangsa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia