Berita Harian

Malaysia, Singapura saling memerlukan

-

membangkit­kan isu kapal Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ‘menceroboh’ perairan negara berkenaan dan memberi peringatan keadaan boleh menjadi bertambah buruk kerana aset berkenaan dilengkapi senjata. Isu sempadan perairan negara ditimbulka­n Singapura selepas Malaysia mengumumka­n untuk menguruska­n semula ruang udara di selatan Johor yang diserahkan kepada Singapura selepas perjanjian dengan negara serantau pada 1973.

Belalang percaya meskipun hubungan Malaysia-singapura makin panas, namun seperti abang dengan adik ada kadangkala bertegang leher tetapi sering diselesaik­an secara ‘menang-menang’ kerana kedua-dua negara saling memerlukan. Semua 112,625 peneroka FELDA di seluruh negara pasti menunggu dalam debaran pembentang­an kertas putih yang dijadual dibentangk­an di Dewan Rakyat, esok. Belalang pasti semua jawapan bakal diketahui, terutama mengenai perincian kedudukan kewangan agensi itu yang dilaporkan semakin parah, selain isu hutang peneroka serta masa depan anak cucu mereka.

Selepas mengukir nama antara rancangan pembanguna­n dan pemulihan tanah terbaik dunia, FELDA kini terpalit dengan deretan kontrovers­i.

Kita turut tersentak apabila berlaku juga penyelewen­gan di FELDA Global Ventures (FGV), Tabung Haji (TH) dan terbaru, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), institusi langsung yang membantu memperkasa­kan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera. Pasukan Harimau Malaya sepatutnya bawa semangat dendam bagi menewaskan Vietnam pada pusingan pertama final bola sepak Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Meskipun pernah tewas 0-2 kepada Vietnam pada aksi peringkat kumpulan, ‘luka’ berkenaan sepatutnya jadi pembakar semangat kepada skuad bimbingan Tan Cheng Hoe untuk cari kelebihan gol sebelum perlawanan timbal balik kedua di Vietnam, Sabtu ini.

Apapun, Belalang percaya semua pemain negara tidak akan mengecewak­an dan pasti bersama mereka ‘pemain ke-12’ yang menjadikan stadium gegak gempita dengan penyokong setia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia