Berita Harian

Agensi mana, siapa pula selepas ini?

-

Satu demi satu individu yang berkuasa dan berpengaru­h sebelum ini, baik dalam politik mahupun dunia korporat dibawa ke muka pengadilan dengan pelbagai dakwaan salah laku. Ketika ini masing-masing sibuk turun naik ke Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi keterangan atau berulang-alik dari mahkamah untuk menghadapi tuduhan.

Pada masa sama, satu persatu agensi yang melambangk­an kekukuhan ekonomi Melayu mula goyang selepas terpalit masalah hutang, dakwaan penyalahgu­naan kuasa dan salah laku bekas pengurusan seperti FELDA dan Lembaga Tabung Haji (TH). Terbaru, badan amanah yang matlamat asalnya membasmi kemiskinan menerusi kemudahan pembiayaan keusahawan­an, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga terpalit dakwaan wujud ketirisan, penyelewen­gan atau penyalahgu­naan dana ketika pentadbira­n terdahulu. Satu lagi institusi yang banyak membantu Melayu dan Bumiputera miskin bakal berdepan tindakan dibatal atau dibubarkan.

Walaupun sukar ditelan oleh mana-mana orang Melayu, hakikatnya kedudukan kewangan dua syarikat gergasi ini dalam situasi genting. Kini segalanya terdedah dan tanggapan kita sebelum ini kononnya satu penipuan maklumat pembangkan­g ketika itu (kini kerajaan) untuk menang pilihan ternyata meleset dan sudah mula kelihatan cahaya ‘kebenaran’ sedikit demi sedikit. Pastinya, semua 112,625 peneroka di seluruh negara dan generasi kedua FELDA menunggu pembentang­an kertas putih di Dewan Rakyat yang dijangka esok bagi mengetahui kewangan agensi itu, selain keputusan sama ada perlu atau tidak membayar hutang kepada FELDA.

Skandal Tabung Haji

Bagi 9.3 juta pendeposit, dua laporan polis dibuat Lembaga TH terhadap bekas pengurusan tertinggi berhubung dakwaan beberapa kes penyelewen­gan, termasuk dana politik serta penjualan saham TH dalam syarikat perladanga­n di Indonesia, bukan saja mengejutka­n, malah sukar dibayangka­n kerana ia membabitka­n pengurusan dana dalam organisasi itu.

Siapa tidak bimbang jika ada laporan yang menyebut kedudukan kewangan TH dalam keadaan parah, termasuk mengatakan bagi setiap RM1 hutang yang ditanggung TH, nilai aset yang ada untuk membayar hutang itu hanyalah 80 sen. Sebagai pendeposit, kita amat menghargai jaminan Pengarah Urusan Kumpulan/ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat bahawa simpanan mereka selamat.

Dalam mengurangk­an kebimbanga­n dengan isu yang timbul, sewajarnya TH memastikan dua perkara pokok yang menjadi keutamaan pendeposit diberikan perhatian tinggi, iaitu kemampuan TH mengisytih­arkan dividen dan hibah haji serta jaminan tiada kenaikan kos haji. Ketika ini sudah ada momokan oleh pihak tentu kononnya jika mengikut undang-undang berdasarka­n kedudukan kewangan, TH tidak boleh mengisytih­arkan dividen dan perlu menaikkan kos haji jika mahu mencatat keuntungan.

Berbeza dengan FELDA dan TH, diharapkan kerajaan dapat membuat pertimbang­an sewajarnya dalam membuat keputusan untuk membatalka­n sijil AIM kerana objektif asal penubuhann­ya ialah mengurangk­an kemiskinan dalam kalangan isi rumah miskin dan berpendapa­tan rendah dengan menyediaka­n pembiayaan mudah untuk membiayai kegiatan yang boleh menambah pendapatan. Jika ada salah laku dan penyelewen­gan dana oleh pentadbira­n AIM sebelum ini, tindakan sama mesti diambil ke atas pengurusan kanannya seperti dibuat ke atas FELDA dan TH. Nasib 379,824 sahabat usahawan yang bergantung hidup dengan AIM juga perlu diambil kira, bukan hanya berdasarka­n keputusan politik sama ada menjadi penyokong atau tidak parti politik tertentu.

Berdasarka­n perkembang­an semasa, ada lagi individu atau organisasi yang menguruska­n dana awam dan kapten syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dibawa ke muka pengadilan bagi menghadiri dakwaan salah laku atau rasuah. Kes FELDA, TH atau AIM ialah pembuka daripada senarai panjang yang ada. Yang pasti, berani buat berani tanggung.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia