Berita Harian

BERSATU tak halang, sekat ahli bertanding

-

Johor Bahru: Pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diingatkan untuk tidak menghalang atau menyekat manamana individu yang mahu menyertai parti itu.

Presidenny­a, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan, beliau tidak mahu amalan dalam UMNO yang menyekat atau menghalang pihak mahu menyertai atau bertanding masih berlaku dalam BERSATU.

Beliau memberi amaran jika ada pihak yang menghalang atau menyekat, parti juga tidak teragak-agak untuk ‘menyekat’ mereka.

“Buka pintu seluas-luas (penyertaan). Jangan sekat dan halang. Amalan dahulu sekat dan halang, kerana takut dicabar menjadi ketua bahagian.

Bersikap terbuka

“Saya nak beri amaran, kalau ada sekat dan halang, orang yang sekat dan halang itu akan kita sekat. Johor mesti bersikap terbuka kerana kita hendak bina dan bangunkan Johor sebagai kubu kuat BERSATU di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen BERSATU Johor 2018 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar merangkap Pengerusi BERSATU dan Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Osman Sapian.

Pada perkembang­an lain, Muhyiddin menegaskan BERSATU perlu melihat semula agenda Bumiputera dalam kerangka yang baharu, selari dengan konteks Malaysia Baharu.

“BERSATU yang tertubuh atas semangat juang untuk membangunk­an orang Melayu, tidak akan berdiam diri.

“Kita akan terus bersuara sehingga kita melihat orang Melayu bangkit dan bangun untuk menguasai sebahagian besar ekonomi dalam negara,” katanya.

Katanya, agenda Bumiputera mesti diberikan nafas baharu dan memastikan matlamatny­a yang tidak berjaya dicapai sepenuhnya oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), dijayakan oleh PH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia