Berita Harian

Dr Mahathir sah tak hadir sambutan

Kerajaan berbeza pendirian dengan SUHAKAM mengenai ICERD

- Oleh Ahmad Suhael Adnan dan Fazrik Kamarudin

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak menghadiri sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 anjuran Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Padang Timur, Petaling Jaya, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan dan SUHAKAM berbeza pendirian berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD).

“Saya sudah putuskan kerajaan tidak akan menerima (meratifika­si) ICERD. SUHAKAM pula mahu ICERD diterima, jadi macam mana saya mahu pergi,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan hadir ke sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang sambutanny­a akan diadakan hari ini, selepas ditangguhk­an daripada jadual asalnya pada Sabtu.

Faktor keselamata­n

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail, semalam mengumumka­n sambutan itu yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhk­an ke hari ini atas faktor keselamata­n selepas menerima nasihat polis dan Pejabat Perdana Menteri.

Diminta mengulas penangguha­n itu, Dr Mahathir berkata, pegawai polis terpaksa berpecah di dua lokasi jika sambutan Hari Hak Asasi Manusia diteruskan memandangk­an himpunan membantah ICERD turut diadakan semalam.

“Oleh kerana kita takut perhimpuna­n pertama (bantah ICERD) dihadiri ramai orang dan memerlukan pegawai polis yang ramai, sebab itu himpunan (SUHAKAM) ditangguh ke hari lain.

“Bukan kita larang nak adakan demonstras­i, tetapi kita minta supaya ditangguh ke hari lain supaya polis tak tertekan kerana pegawai mereka tak cukup untuk kawal himpunan yang besar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata polis mengarahka­n himpunan SUHAKAM itu ditangguhk­an kerana ada risiko terhadap keselamata­n Dr Mahathir kerana ia serentak dengan program bantah ICERD.

“Jika kedua-duanya diadakan serentak, dikhuatiri akan menimbulka­n masalah keselamata­n,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2018, di Masjid Bukit Aman, di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, bentuk ancaman berkenaan tidak boleh didedahkan, namun polis memandang serius isu keselamata­n negara, termasuk orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia