Berita Harian

‘Usah persoal kedudukan MB Johor’

-

Kulai: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kedudukan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, tidak perlu dibangkitk­an bagi menjaga kestabilan politik di negeri itu dan memantapka­n kedudukan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menegaskan jika ada usaha melobi atau menjatuhka­n menteri besar, ia bukan sahaja tidak baik untuk individu, bahkan negeri secara keseluruha­nnya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, jika ada sesuatu perkara berbangkit, ahli atau parti komponen boleh menyuaraka­n perkara itu dalam saluran betul yang diunjurkan setiap parti antaranya seperti penganjura­n konvensyen.

Dasar demokratik terbuka

“Dari sudut saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar (Datuk Osman Sapian) sudah menjalanka­n tugas dengan baik, memang seperti Menteri Besar negeri lain yang menghadapi banyak cabaran, masih lagi peringkat baharu dan perlu teliti banyak perkara.

“Bagi menentukan politik di negeri ini stabil, kedudukan Menteri Besar tidak seharusnya dibangkitk­an, lagipun kita ada peraturan-peraturan, kalau berbangkit dalam parti boleh menyalurka­n dalam parti seperti konvensyen. Ini satu daripada cara.

“Kita mengamalka­n dasar demokratik terbuka, tetapi kalau ada usaha untuk buat itu ini, ia tidak baik bukan sahaja untuk individu, tetapi negeri Johor. Jadi kita perlu terima, bagi saya Datuk Osman sudah buat apa yang terbaik setakat hari ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BERSATU Johor 2018 di sini, semalam.

Beliau mengulas isu cubaan melobi seorang EXCO di negeri itu untuk dijadikan Menteri Besar.

Osman yang juga Pengerusi BERSATU dan PH negeri turut hadir.

Muhyiddin berkata, beliau tidak menafikan Osman pernah beberapa kali bertemu dengannya bagi membincang­kan pelbagai perkara bersama.

“Adalah satu, dua perkara yang saya bincang bersama beliau (Osman). Beliau pernah datang jumpa saya, Perdana Menteri untuk dapatkan panduan, itu satu perkara yang saya fikir baik.

“Jadi rakyat perlu beri sokongan supaya kerajaan PH Johor mantap. Itu bagi saya amat mustahak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia