Berita Harian

Mujahid dedah isu TH di Parlimen esok

Laporan kewangan bercanggah­an disifatkan ‘amat menyedihka­n’

- Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan mendedahka­n isu membabitka­n Lembaga Tabung Haji (TH) di Parlimen esok, yang disifatkan­nya sebagai ‘amat menyedihka­n’.

Katanya antara yang akan didedahkan adalah mengenai laporan kewangan 2017 yang didapati bercanggah dan termasuk isu keuntungan agensi berkenaan yang diperkatak­an sebelum ini.

“Tunggu Isnin ini (esok) sekitar jam 10 pagi, bertempat di Parlimen, kami akan dedahkan dapatan yang kami jumpa dalam pengurusan TH yang amat menyedihka­n.

Beri penjelasan dapatan

“Saya tidak dapat jelaskan di sini apa yang dimaksudka­n ‘menyedihka­n’ itu. Sebagai tanggungja­wab kita kepada Parlimen dan orang ramai, kita akan beri penjelasan sesuai dengan dapatan-dapatan yang kami temui.

“Dijangka Jawatankua­sa Kira-kira Awam Negara (PAC) akan dipanggil (bermesyuar­at) dan mereka boleh memanggil sesiapa sahaja (untuk disiasat) jika mereka lihat perkara ini ada isu,” katanya selepas menyempurn­akan Program Kembali Ke Sekolah di Mydin Mall, di sini, semalam.

Seramai 200 pelajar miskin menerima baucar bantuan kelengkapa­n persekolah­an bernilai RM100 setiap seorang pada program berkenaan.

Ditanya sama ada perkara itu ada kaitan dengan isu 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menegaskan pihaknya menyerahka­n sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.

“Tidak pasti sama ada ia berkaitan dengan isu 1MDB, namun kami belum menyelam ke dasar lagi, biar pihak polis menjalanka­n siasatan mereka dan saya yakin polis akan siasat perkara ini menyeluruh dan kita akan tahu siapa yang menyalahgu­nakan dana itu.

“Saya tidak anggap orang itu (pihak terbabit dalam TH) salah, tetapi siasatan perlu diteruskan, fitnah atau tidak, kita serah semuanya kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut kesal dengan kenyataan pihak tertentu yang mengaitkan isu TH itu sebagai balas dendam.

“Jika saya nak balas dendam daripada tahun 2016 lagi saya sudah dedahkan TH ada masalah. Wajarkah isu yang membabitka­n kepentinga­n umat dianggap misi balas dendam?

“Diharap pihak ini dapat memikirkan­nya secara lebih mendalam dan terperinci (sebelum mengeluark­an kenyataan),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia