Berita Harian

Tiada rombakan EXCO Selangor

-

Shah Alam: Tiada rombakan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Selangor dalam masa terdekat, sebaliknya hanya akan ada beberapa penambahan bagi melancarka­n pentadbira­n kerajaan negeri.

Menteri Besar, Amirudin Shaari, berkata perkara terbabit masih belum diputuskan dan ia memerlukan sedikit masa sebelum ketetapan dibuat.

“Memang kuota untuk EXCO 10 orang (kini sembilan) ekoran kematian Dr Shaharuddi­n Badaruddin pada Julai lalu.

“Jadi, kita perlu mengisi (tempat beliau). Saya sedang tunggu tarikh sesuai untuk mengumumka­n perkara ini. Tarikh belum ada, jika sudah ada tarikh memang diumumkan,” katanya ditanya mengenai desas-desus rombakan EXCO Selangor, baru-baru ini.

Beliau juga turut ditanya mengenai khabar angin mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang dikatakan akan mengisi tempat Dr Shaharuddi­n, manakala ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail pula disebutseb­ut sebagai antara yang akan digugurkan.

“Saya belum ada ilham, tetapi saya jamin, bukan rombakan ia adalah penambahan untuk melengkapk­an pentadbira­n kita, jadi kita perlu melengkapk­an 10 EXCO terbabit,” katanya selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan (Bulan Disember) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor 2018 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik di sini.

Pada majlis sama, Amirudin turut menyampaik­an sumbangan kerajaan negeri yang dijanjikan kepada keluarga dan waris enam Wira Merah yang terkorban dalam operasi menyelamat di Taman Putra Perdana, Puchong awal Oktober lalu.

Sumbangan kerajaan negeri

Amirudin berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk menyalurka­n bantuan RM20,000 kepada setiap keluarga mangsa bagi memastikan kehidupan keluarga waris terbela.

“Selain sumbangan kepada keluarga enam pegawai bomba ini, kerajaan negeri bersetuju menanggung semua kos rawatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang diserang perusuh ketika operasi memadam kebakaran kenderaan di Kuil Mariamman, USJ 25 pada 26 November lalu,” katanya.

 ??  ?? Amirudin bersama waris enam Wira Merah yang terkorban dalam operasi menyelamat di Puchong, Oktober lalu, di Shah Alam, semalam.
Amirudin bersama waris enam Wira Merah yang terkorban dalam operasi menyelamat di Puchong, Oktober lalu, di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia