Berita Harian

Status Pulau Kukup kekal

Kawasan ada kepentinga­n antarabang­sa perlu dipulihara

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Jemaah Menteri berpandang­an status Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor perlu dikekalkan bagi memastikan kawasan itu terus kekal sebagai pulau paya bakau tidak berpenghun­i kedua terbesar di dunia dan satu-satunya di perairan Johor.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet semalam, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Khamis lalu meluluskan usul tergempar untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor mengambil maklum dan mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup.

“Pertukaran status kawasan itu sudah tentu boleh memberi kesan kepada pengiktira­fannya sebagai kawasan berkepenti­ngan antarabang­sa yang diterima serta menjejaska­n reputasi negara dalam memulihara biodiversi­ti.

Rakyat sokong

“Rakyat juga secara umumnya menyokong supaya status itu dikekalkan supaya ekosistem Pulau Kukup terus terpelihar­a sebagai kawasan berkepenti­ngan antarabang­sa demi faedah generasi masa kini dan masa depan.

“Sebarang kegagalan dalam menguruska­n kawasan ini secara berhemah boleh menyebabka­n kehilangan khazanah biodiversi­ti yang tidak ternilai, selain menjejaska­n usaha mengiktira­f Mersing sebagai Geopark Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Xavier berkata, Pulau Kukup yang terletak dalam daerah Pontian dengan keluasan 647 hektar mempunyai ekosistem pulau bakau yang jarang ditemui dan diancam kepupusan serta menjadi khazanah biodiversi­ti yang tidak ternilai kepada negara dan Johor khususnya.

Katanya, ada kira-kira 18 spesies bakau asli di Hutan Paya Bakau Pulau Kukup dan jika dibandingk­an dengan kawasan bakau lain di Semenanjun­g, kekayaan spesies bakau asli di kawasan itu adalah tinggi, dengan mengambil contoh Hutan Paya Laut Matang, Perak seluas 40,000 hektar tetapi hanya terdapat 21 spesies bakau asli.

“Pulau Kukup juga dikenal pasti sebagai kawasan persinggah­an burung migrasi, tempat pembiakan dan perlindung­an hidupan liar terancam seperti Burung Botak, Bangau Cina dan Pacat Bakau serta sumber perikanan dan akuakultur negara,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, berkata kerajaan negeri akan menyatakan pendirian berhubung kedudukan Pulau Kukup sebagai Taman Negara pada sesi penggulung­an DUN, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia