Berita Harian

Perkasa Parlimen jadi institusi berwibawa

-

Kuala Lumpur: Proses reformasi akan terus dilaksanak­an untuk mengangkat martabat Parlimen Malaysia menjadi sebuah institusi yang berwibawa, berintegri­ti dan dihormati, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Ariff Md Yusof.

Beliau berkata, Parlimen Malaysia kini bukan lagi institusi menjadi ‘pak turut’ atau rubber stamp seperti dahulu.

“Kita tak nak keadaan ini berulang, Parlimen mesti jadi institusi berwibawa dan berintegri­ti. Orang hormat.

“Bukan orang ingat (Parlimen itu rubber stamp dan tempat orang berkelahi. Itu anggapan dahulu,” katanya selepas merasmikan Seminar Reformasi Parlimen di Bangunan Parlimen, semalam.

Katanya, langkah reformasi yang dijalankan sejak empat bulan lalu, termasuk penambahba­ikan Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC), penubuhan enam Jawatankua­sa Pilihan Khas serta usaha mewujudkan semula Akta Perkhidmat­an Parlimen, terus membawa perubahan positif kepada Parlimen supaya ia setaraf dengan Parlimen lain di dunia.

Hak asasi

Selasa lalu, Mohd Ariff mengumumka­n pembentuka­n enam Jawatankua­sa Pilihan Khas (JPK) yang baharu iaitu JPK Menimbang Rang Undang-undang

JPK Bajet

dan JPK Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri

Tiga lagi ialah JPK Hak Asasi dan Kesaksamaa­n Gender

JPK Hubungan Antara Negeri-negeri dan Persekutua­n

dan JPK Untuk Melantik Jawatan-jawatan Utama Perkhidmat­an Awam

JPK itu dilihat sebagai antara usaha memperkasa Parlimen termasuk dalam soal memainkan peranan check and balance kepada badan eksekutif.

Mohd Ariff berkata, Parlimen Malaysia juga bekerjasam­a dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha menambah baik kualiti perbahasan anggota Parlimen supaya lebih bersantun dan beradab dengan buku panduan berbahas secara sopan oleh DBP diedarkan kepada anggota Parlimen minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia