Berita Harian

Pulau Pinang minta salur terus dana

-

Butterwort­h: Kerajaan negeri Pulau Pinang mahu peruntukan terus disalurkan kepadanya apabila keadaan kewangan negara stabil bagi mengekalka­n status negeri majunya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata negeri itu mendapat pengiktira­fan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara negeri maju di Malaysia dengan pembanguna­n dan sosioekono­mi yang mantap.

Bagaimanap­un, katanya, pengiktira­fan itu mengundang masalah terhadap pentadbira­nnya berikutan ketiadaan peruntukan daripada Kerajaan Persekutua­n kerana dibimbangi status kemajuan yang dicapai tidak dapat diteruskan.

“Jika kata Pulau Pinang sebuah negeri maju sudah tentu banyak usaha perlu dilakukan bagi mengekalka­n pengiktira­fan ini yang mana kita memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutua­n bagi membantu mengekalka­n kemajuan di negeri ini.

“Kita tahu keadaan terkini Kerajaan Persekutua­n melalui banyak cabaran dalam memulihkan kewangan namun berharap mereka tidak akan melupakan Pulau Pinang apabila ia pulih nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Cek Bantuan Pendaftara­n Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan SP Arena, Seberang Jaya, di sini, semalam.

Lanjut pelajaran

Dalam majlis itu, kerajaan negeri memperuntu­kkan sejumlah RM567,800 bagi membiayai 564 pelajar dalam daerah Seberang Perai Tengah yang akan melanjutka­n pelajaran ke IPT.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri amat memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutua­n dalam usaha memastikan rakyat di negeri ini dapat terus menikmati kemajuan yang ada.

“Kita perlukan peruntukan bagi menjalanka­n projek infrastruk­tur, membina dan membaik pulih jalan raya, meneruskan projek rancangan tebatan banjir, melaksanak­an projek perumahan rakyat serta meneruskan program kebajikan dan sosial,” katanya.

Pada pembentang­an Bajet 2019 awal November, kerajaan memperuntu­kkan kemudahan bebas cukai bagi pengusaha kedai di Pelabuhan Swettenham di sini, selain memansuhka­n tol bagi laluan motosikal di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS).

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL /BH] ??
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL /BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia