Berita Harian

Sampah ancam kualiti Sungai Selangor

Berdepan pencemaran teruk jika tak dipulihara

- Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Aktiviti pembuangan sampah domestik ke dalam Sungai Selangor dibimbangi memberi kesan kepada kualiti air mentah dari sungai berkenaan.

Pengarah Unit Komunikasi dan Hal Ehwal Pengguna Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN), Mohd Fazil Ismail berkata, perbuatan itu berpotensi mengancam sumber utama bekalan air mentah di negeri ini.

“Ketika ini, pencemaran yang berlaku di Sungai Selangor berada pada tahap tidak memuaskan iaitu tahap tiga dan empat.

“Malah, tahap tiga juga tidak sesuai untuk habitat seperti ikan kelah kerana spesies ini hidup di kawasan sumber air bersih dan jernih (tahap satu),” katanya ketika ditemui NSTP, hari ini.

Terdahulu, Mohd Fazil bersamasam­a 36 kakitangan SPAN melakukan Program Pembersiha­n Sungai Selangor di Jeti Pelanconga­n Kelipkelip Kampung Kuantan, Bestari Jaya dengan bergotong-royong membersihk­an kawasan sungai di sepanjang dua kilometer alirannya di situ.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Inspirasi KAWA dan Persatuan Pendayungp­endayung Kelip-kelip Kampung Kuantan.

Gotong-royong yang bermula seawal jam 9.30 pagi itu menyaksika­n sampah domestik seberat 300 hingga 500 kilogram dikumpulka­n.

Ancaman serius

Mohd Fazil berkata, Sungai Selangor bakal berdepan ancaman pencemaran serius sekiranya tidak dipulihara daripada sekarang.

“Jika tahap kualiti (air) berada pada tahap lima dan enam, loji rawatan tidak mampu memproses air mentah itu,” katanya.

Menurutnya, masyarakat turut diingatkan tidak membuang sampah domestik atau sisa buangan industri ke dalam sungai demi mengekalka­n sumber air berterusan di negeri ini.

Pihaknya juga sentiasa memastikan air di negeri ini bersih dan selamat digunakan penduduk sekitar Selangor dan Lembah Klang.

“Seperti sedia maklum, air adalah sumber utama dan keperluan kepada masyarakat dalam melakukan pelbagai aktiviti seharian.

“Namun, jika mereka (masyarakat) tidak ambil peduli kepentinga­n menjaga sungai, sudah pasti pencemaran akan berterusan tanpa titik noktah,” katanya.

Menurutnya, program yang diadakan itu kali pertama dijalankan tahun ini dalam usaha mendidik masyarakat mengambil berat kepen-

 ?? [FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN /BH] ?? Kakitangan SPAN membersihk­an Sungai Selangor sepanjang dua kilometer di Jeti Pelanconga­n Kelip-kelip Kampung Kuantan, Bestari Jaya.
[FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN /BH] Kakitangan SPAN membersihk­an Sungai Selangor sepanjang dua kilometer di Jeti Pelanconga­n Kelip-kelip Kampung Kuantan, Bestari Jaya.
 ??  ?? Kakitangan SPAN bersama Inspirasi KAWA dan Persatuan Pendayung-pendayung Kelipkelip Kampung Kuantan selepas selesai gotong-royong.
Kakitangan SPAN bersama Inspirasi KAWA dan Persatuan Pendayung-pendayung Kelipkelip Kampung Kuantan selepas selesai gotong-royong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia