Berita Harian

Lelaki derita benjolan di lutut hidap kanser

Isteri pesakit barah tahap tiga rayu sumbangan ringankan beban rawatan hospital

- Oleh Zuliaty Zulkiffli

Seorang lelaki yang mengalami benjolan di lutut kiri sejak tiga tahun lalu, menderitai kanser kelenjar sarcoma tahap tiga dengan keadaan kesihatan semakin merosot.

Norhafizah Harun, 39, berkata suaminya, Shukri Shaari, 47, kini sering demam pada waktu malam dan kurang berselera makan, malah benjolan itu kian membesar serta berdarah.

Beliau yang juga suri rumah berkata, pada peringkat awal benjolan terbabit dikesan, suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah ketika itu tidak berasa sakit.

Bagaimanap­un, katanya, benjolan itu semakin membesar sejak lima bulan lalu menyebabka­n suami menjalani pemeriksaa­n di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 19 November lalu.

“Di HPP, doktor mengesahka­n benjolan itu adalah petanda kanser, serta mengambil sampel tisu pada bahagian berkenaan untuk dilakukan ujian dan laporan terperinci hanya akan diketahui Isnin ini (esok).

“Saya buntu memikirkan keadaan suami, selain masalah kewangan kerana kami bergantung sepenuh pada dua anak berusia 18 dan 22 tahun yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan tidak menentu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Alor Melintang, Jalan Datuk Kumbar, di sini.

Kesihatan semakin lemah

Norhafizah berkata, sebelum ini, suaminya memandu sendiri kereta ke HPP tetapi berikutan keadaan kesihatan semakin lemah, beliau terpaksa meminta bantuan ahli keluarga.

“Untuk ke sana (Pulau Pinang) pun memerlukan perbelanja­an mahal, termasuk kos minyak, tol dan makan minum sedangkan saya tidak bekerja, manakala anak lelaki bongsu berusia empat tahun pula menghidap asma.

“Setakat ini, kami tiada menerima bantuan daripada mana-mana pihak dan hanya bergantung pada sumbangan kawan yang datang melawat, ahli keluarga serta jiran,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubung­i Shukri melalui talian 013-5141326 atau menyalurka­nnya ke dalam akaun Maybank: 1580513844­65 milik beliau.

Sementara itu, nasib Shukri mendapat perhatian Pegawai Khas Menteri Besar, Hasanudin Samsudin, yang memberikan sumbangan keperluan makanan, selain menerima kunjungan Sukarelawa­n Sahabat Prihatin Kedah dan Pengarah Urusan 1 Mumtaz Event Management, Rohayati Ayob, kelmarin.

 ?? [FOTO ZULIATY ZULKIFFLI/BH] ?? Shukri dikunjungi Sukarelawa­n Sahabat Prihatin Kedah dan Rohayati (kiri) di Kampung Alor Melintang, di Alor Setar, semalam.
[FOTO ZULIATY ZULKIFFLI/BH] Shukri dikunjungi Sukarelawa­n Sahabat Prihatin Kedah dan Rohayati (kiri) di Kampung Alor Melintang, di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia