Berita Harian

Lelaki kes pandu lori lawan arus kena tahan

-

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki disyaki memandu lori tangki secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 27 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor, Superinten­dan Azman Shari’at, berkata pemandu berusia 59 tahun itu ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Dua Belas kira-kira jam 6 petang.

“Kami menerima aduan daripada seorang pemandu lain yang mendakwa sempat mengelak ke arah kiri daripada melanggar lori tangki dipandu suspek di lorong kanan lebuh raya.

Ditahan di R&R

“Berdasarka­n aduan dan video tular dalam media sosial menunjukka­n lori tangki terbabit dipandu secara melawan arus, sepasukan polis peronda dikerah mengesan lori terbabit.

“Pasukan berkenaan kemudian berjaya menahan pemandu itu di kawasan R&R Tanjung Dua Belas,” katanya dalam satu kenyataan.

Azman berkata, hasil semakan mendapati pemandu berkenaan memiliki saman tertunggak atas kesalahan menggunaka­n alat telekomuni­kasi ketika memandu dan memotong secara berbahaya.

“Kita akan menjalanka­n ujian darah dan air kencing ke atas pemandu terbabit bagi mengesan sebarang penggunaan bahan terlarang,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Terdahulu, dua video tular dalam media sosial masing-masing berdurasi 32 saat dan enam saat menunjukka­n sebuah lori tangki dipandu secara melawan arus di lebuh raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia