Berita Harian

Maut dibelasah adik akibat minyak enjin bot

Nelayan disah meninggal selepas parah dipukul besi pencangkuk

- Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Seorang lelaki disyaki memukul abangnya sehingga mati kerana berselisih faham mengenai minyak enjin bot di sebuah jeti di Jalan Lima, Bagan Sungai Besar, di sini, kelmarin.

Pada jam 4.15 petang, Ng Bu Tong, 61, yang parah pada bahagian bahu kanan dipercayai dipukul suspek berusia 52 tahun menggunaka­n besi pencangkuk, disahkan meninggal dunia di hospital.

Direman tujuh hari

Susulan itu, suspek yang tiada rekod lampau, ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada jam 8.50 malam, sebelum direman tujuh hari bermula semalam hingga 14 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superinten­dan Nor Azmi Isa, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua nelayan itu dikatakan bergaduh mengenai minyak enjin bot.

“Disebabkan tidak berpuas hati, suspek didakwa mengambil besi pencangkuk di lokasi kejadian dan memukul mangsa pada bahagian bahu kanan.

“Mangsa yang cedera akibat pukulan itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk rawatan,” katanya pada sidang media di IPD Sabak Bernam, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, beliau berkata, mangsa meninggal dunia di HTAJ pada jam 5.20 petang kelmarin dan bedah siasat dilakukan semalam.

Difahamkan, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang ke lokasi kejadian menemui besi pencangkuk di dalam sebuah bot pukat tunda terbabit.

 ?? [FOTO IHSAN PDRM] ??
[FOTO IHSAN PDRM]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia