Berita Harian

‘Urban Tree’ mercu selatan tanah air

Arca simbol kesepakata­n tiga kaum utama Bangsa Johor

-

Arca Warisan IIBD, ukiran seni setinggi enam meter terletak di Legaran Segget, bersebelah­an gerbang Jalan Warisan Tan Hiok Nee, berdiri megah meraikan kepelbagai­an warisan Johor, diterjemah­kan pada unsur rekaan tradisiona­l tempatan pada ukiran ‘Urban Tree’.

Dahan logam berdaun lebar

Melambangk­an tiga kumpulan etnik utama Johor, arca diperbuat daripada tiga dahan logam membentuk teduhan berdaun lebar ke atas dan ke luar, mendedahka­n potongan corak tersebar pada permukaann­ya.

Warisan ‘Urban Tree’ ini adalah satu bentuk arca interaktif melalui penghasila­n bayang-bayang yang menjadi simbolik kepada perpaduan dan keindahan warisan budaya.

Di IIBD, terdapat pelbagai tapak warisan lain dikenal pasti sebagai permata yang harus dipelihara. Tapak berkenaan menyingkap sejarah warisan yang membentuk identiti Bangsa Johor sebagai peringatan fizikal peninggala­n generasi terdahulu.

Ramai pengunjung menyusuri Jalan Tan Hiok Nee hingga ke Jalan Segget, mengunjung­i gerai Bazaar Karat yang membarisi kedua-dua jalan ini.

Stesen kereta api gamit memori

Nikmati pelbagai sajian memenuhi selera, sambil dihiburkan dendangan lagu penyanyi jalanan dan celoteh peniaga memeriahka­n suasana pasar.

Manakala Stesen Kereta Api Lama Johor Bahru yang dahulunya stesen kereta api antara bandar, masih menampilka­n perwatakan ceria dengan pelbagai warna berbeza dan seni bina Barat. Keterujaan mengembara masih boleh dirasai di stesen ini yang mempunyai daya tarikannya tersendiri, walaupun tiada lagi kereta api yang singgah di sana.

Jangan lupa berkunjung ke Bangunan Sultan Ibrahim tersergam megah dengan seni bina gabungan Timur-barat iaitu mengadunka­n unsur Melayu Johor, Islam dan kolonial British. Walaupun pembinaan dihentikan buat seketika kerana peperangan tercetus pada 1940, peristiwa itu tidak menghalang­nya untuk menjadi antara bangunan pencakar langit terawal di Johor Bahru ketika itu.

Pada hari ini, bangunan bersejarah ini adalah pusat pentadbira­n

Kerajaan Negeri Johor.

 ??  ?? Banyak bangunan dan tarikan lain menyerlahk­an keunikan seni binanya.
Banyak bangunan dan tarikan lain menyerlahk­an keunikan seni binanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia