Berita Harian

Bawa beg memasak ke luar negara

Percutian keluarga lebih bermakna dan kuatkan hubungan keluarga Den Wahab

- Oleh Rozdan Mazalan

Brozdan@bh.com.my

erpeluang mengembara bersama keluarga amat diimpikan oleh semua orang, tidak kira dalam negara mahupun luar negara.

Memang diakui ada beberapa faktor menghalang sesetengah ibu bapa tidak membawa keluarga bercuti disebabkan anak masih kecil apatah lagi membabitka­n keluarga besar.

Situasi itu sebenarnya membimbang­kan ibu bapa untuk mengawal anak di tempat orang. Selain itu turut difikir adalah kos perbelanja­an yang besar perlu ditanggung.

Sudah tentu apabila perancanga­n percutian ke luar negara akan memakan kos yang tinggi sekiranya mempunyai keluarga yang ramai, ia akan membabitka­n kos pengangkut­an udara dan darat, lokasi lawatan serta makanan halal.

Pengalaman sama turut dikongsi suri rumah, Norassikin Bustamam,

46, yang mempunyai enam cahaya mata hasil perkahwina­n dengan pelakon, Zaharuddin Abdul Wahab atau Den Wahab.

Katanya, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, melancong atau bercuti bersama keluarga sudah menjadi rutin keluargany­a yang dilakukan beberapa kali setahun kerana tidak berpeluang dilakukan ketika anak masih kecil.

“Sejak anak sudah mampu untuk berdikari dan bertanggun­gjawab antara satu sama lain, peluang membawa mereka bercuti keluar negara akhirnya berjaya dilaksanak­an.

“Ketika mereka masih kecil memang bercuti dalam negara kurang merisaukan kerana tidak begitu jauh. Jika kami ke luar negara sekali pun hanya berdua dan anakanak tinggal bersama pengasuh di rumah

“Kami mula bercuti sekeluarga ke luar negara sejak empat tahun lepas bersama enam anak ke

Gold Coast, Australia. Masa itu anak pertama hingga ke tiga masingmasi­ng sudah besar dan boleh membantu kami menjaga adikadikny­a membuatkan kami lebih yakin,” katanya.

Buat bajet jimat belanja

Beliau berkata, meskipun terpaksa memperuntu­kkan belanja yang tinggi untuk tiket kapal terbang dan penginapan, namun bajet untuk makanan sepanjang berada di negara orang terpaksa dihadkan.

“Bila melancong ke luar negara, makanan sangat saya titik beratkan, selain dapat berjimat, kita tidak perlu risau dengan status halal,” katanya.

Percutian lebih menyeronok­kan dan bernilai bagi mereka apabila ikatan kekeluarga­an lebih erat terjalin dengan masingmasi­ng bekerjasam­a membantu dari awal sehingga mereka pulang semula ke tanah air.

“Biasanya anakanak yang bersungguh membantu dari awal dengan mencari maklumat menerusi internet destinasi yang ingin kami lawat. Kami akan mengambil penginapan yang berstatus pangsapuri dan paling penting mestilah ada dapur.

“Malah sekitar pangsapuri mesti ada pasar raya yang memudahkan saya mencari bahan mentah untuk memasak seperti ikan, telur, sayur dan lainlain keperluan halal.

“Di samping saya terlebih dulu menyediaka­n bahan sejuk beku yang wajib dibawa seperti sambal lada, sambal tumis bilis, serunding daging dan ayam serta kuah kacang yang semuanya adalah makanan kegemaran suami dan anakanak,” katanya yang akan dimasak dan dibekukan dua hari sebelum berlepas ke destinasi dituju.

Bawa beg khas

Kata anak kepada pelakon veteran, Allahyarha­m Tamam Idris itu, perkara yang sama juga akan dilakukan sekiranya bercuti di dalam negara yang mengambil masa lebih tiga malam.

“Untungnya bila anakanak sudah besar, semua benda bermula dari urusan menempah hotel, kapal terbang, mendapatka­n maklumat negara yang hendak ditujui dibuat mereka sendiri.

“Malah saya memang ada beg khas untuk ‘travel’ yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan seperti periuk, kuali, sudu, senduk, pisau, pembuka tin dan sebagai nya, hanya perlu tarik saja jika hendak pergi bercuti

“Lebih bermakna apabila kami anakberana­k akan bersamasam­a memasak apabila tiba di negara orang. Situasi itu sebenarnya lebih mengeratka­n ikatan kekeluarga­an antara kami,” katanya yang akan bercuti kali kedua ke Korea Selatan pada bulan Disember ini.

Antara destinasi percutian keluarga yang pernah ditujui seperti Gold Goast, Australia, Korea Selatan, Beijing, Phuket, Bangkok, Jakarta, Krabi, Dubai,

Arab Saudi dan Padang.

 ??  ??
 ??  ?? Percutian masa terbaik untuk mengeratka­n hubungan kekeluarga­an.
Percutian masa terbaik untuk mengeratka­n hubungan kekeluarga­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia