Berita Harian

Polis lepaskan gas pemedih mata

Pasukan keselamata­n bertembung dengan penunjuk perasaan, 31,000 berhimpun

-

Polis rusuhan Perancis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan ‚ves kuning‘ di tengah ibu kota ini semalam pada permulaan demonstras­i dirancang menentang kos sara hidup tinggi di bawah pentadbira­n Presiden Emmanuel Macron.

Seorang jurucakap polis memberitah­u media, ada kira-kira 8,000 penunjuk perasaan di boulevard Champs Elysees. Bantahan menarik 31,000 penyertaan di seluruh negara.

Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di sekitar tugu Arc de Triomphe, yang dirosakkan dengan grafiti Sabtu minggu lalu apabila perusuh membakar kenderaan dan merompak kedai.

“Kami akan melakukan apa yang terdaya supaya hari ini adalah hari tanpa keganasan, supaya dialog yang kami mulakan minggu ini dapat diteruskan dalam keadaan terbaik,” kata Perdana Menteri Edouard Philippe di televisyen Perancis.

Seramai 700 ditahan di ibu kota ini ketika polis menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas individu yang tiba di stesen kereta api serta Champs Elysees dan tugu Bastille.

Polis menemui senjata seperti tukul, kayu besbal dan bola keluli dimiliki mereka.

Selasa lalu, Philippe mengumumka­n, kerajaan menggantun­g rancangan menaikkan cukai bahan api untuk sekurang-kurangnya enam bulan bagi membantu meredakan bantahan selama beberapa minggu, pusingan-u pertama oleh Macron sejak berkuasa 18 bulan lalu.

Kira-kira 89,000 polis dihantar di seluruh Perancis semalam, dengan 8,000 ditempatka­n di ibu kota ini.

“Kami bersiap sedia dengan maklum balas teguh. Pembuat masalah hanya berkesan apabila mereka menyamar sebagai ves kuning. Keganasan bukan cara terbaik mendapatka­n apa yang anda mahu. Kini masanya untuk berbincang,” kata Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner kepada laman berita dalam talian Brut. Beliau menggesa penunjuk perasaan aman tidak bercampur dengan ‘samseng.’

“Jika anda tidak agresif, kami tidak akan bertindak agresif,” kata seorang anggota polis bertopeng ketika penunjuk perasaan membaling bunga plastik ke arah mereka.

Bandar hantu

Kebanyakan kawasan di ibu kota kelihatan seperti bandar hantu semalam dengan muzium, pasar raya ditutup walaupun ia sepatutnya musim meriah beli belah sebelum Krismas.

Hanya segelintir pelancong dilihat dan penduduk dinasihatk­an tinggal dalam rumah. Puluhan jalan raya ditutup kepada lalu lintas dengan Menara Eiffel dan muzium terkenal dunia seperti Musee d’orsay, Centre Pompidou dan Louvre, ditutup.

“Kami datang ke sini untuk berarak secara aman, bukan merosakkan. Kami mahu kesamaan, kami mahu hidup bukan melangsung­kan hidup,” kata Guillaume Le Grac, 28, yang bekerja di rumah sembelihan di bandar Guingamp di Britanny.

Penunjuk perasaan, menggunaka­n media sosial, melabelkan hujung minggu itu sebagai ‘Tindakan IV’ dalam cabaran dramatik terhadap Macron dan dasarnya.

Bantahan itu, sempena jaket keselamata­n penglihata­n tinggi dipakai pemandu kenderaan Perancis, meletus 17 November lalu akibat kesempitan hidup dicetuskan cukai bahan api.

Bantahan semakin meluas sejak itu, kadang kala bertukar ganas dalam menentang Macron, cabaran lebih sukar ditangani oleh kerana pergerakan itu tiada ketua rasmi.

Walaupun kerajaan melakukan pusingan-u cukai itu, ves kuning terus menuntut lebih banyak konsesi, termasuk cukai rendah, gaji minimum lebih tinggi, kos rendah tenaga, manfaat persaraan lebih baik dan malah peletakan jawatan Macron.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Penunjuk perasaan ‘ves kuning’ mengadakan demonstras­i bagi menentang kos sara hidup tinggi di depan tugu Arc de Triomphe.
[ FOTO AFP ] Penunjuk perasaan ‘ves kuning’ mengadakan demonstras­i bagi menentang kos sara hidup tinggi di depan tugu Arc de Triomphe.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia