Berita Harian

6 maut, rempuhan kelab malam di Itali

-

Corinaldo: Enam orang termasuk lima remaja, maut dan puluhan lain cedera dalam satu rempuhan disebabkan panik ketika konsert rap di sebuah kelab malam Itali awal pagi semalam.

Penggunaan sebatian disyaki seperti penyembur lada dianggap punca berlakunya huru-hara di premis itu di bandar ini, terletak berhampira­n Ancona, tengah Itali.

“Punca tolak menolak mungkin penyembura­n bahan menyengat, golongan muda melarikan diri dan memijak antara satu sama lain.

“Menyedihka­n, enam maut dan puluhan lagi cedera,” kata perkhidmat­an bomba dalam satu kenyataan di Twitter.

Mangsa, termasuk lima di bawah usia 18 tahun, tiga perempuan dan dua lelaki serta seorang wanita dewasa yang menemani anak perempuann­ya ke konsert itu.

Ketua jabatan bomba tempatan, Dino Poggiali berkata, 14 yang cedera dalam keadaan serius, manakala 40 lagi cedera ringan.

Ketika penonton panik, mereka berlari ke tiga pintu kecemasan, satu daripadany­a menuju sebuah jambatan kecil dan tempat letak kereta.

Rempuhan kuat penonton lari menyebabka­n penghadang runtuh dan puluhan mangsa jatuh, menghempap mereka yang berada di bawah, menurut satu siasatan awal.

Laluan pejalan kaki runtuh

Gambar daripada telefon bimbit kurang jelas menunjukka­n sebahagian laluan pejalan kaki runtuh, menyebabka­n puluhan orang jatuh. Ironinya, mereka yang masih berada dalam kelab malam tidak cedera.

“Kami sedang menari dan menunggu konsert bermula apabila terbau bau amat tengik. Kami lari ke satu daripada pintu kecemasan namun mendapatin­ya disekat, justeru pengawal mengarahka­n kami berpatah balik,” kata seorang remaja 16 tahun yang dibawa ke hospital.

Timbunan kasut ditinggalk­an akibat huru-hara rempuhan dengan mangsa yang terselamat menangis di luar kelab malam ketika ambulans merawat mangsa cedera, kata akhbar Ancona Today melaporkan.

“Tidak mungkin! Anda tidak boleh mati seperti ini. Bangun Mattia, saya merayu,” kata seorang wanita tidak dikenali sambil melutut di sebelah mayat anak lelakinya, kata akhbar.

Kira-kira 1,000 penonton, majoritiny­a golongan muda berada di kelab Lanterna Azzura untuk menyaksika­n persembaha­n penyanyi rap Itali, Sfera Ebbasta, terkenal sebagai ‘raja trap’ untuk gaya Hip Hopnya.

Pendakwa raya umum dan polis Ancona cuba mengenal pasti berapa ramai berada di premis itu ketika rempuhan dengan media melaporkan lebih ramai penonton di dalam berbanding kapasiti maksimum 871 yang dibenarkan. Insiden berlaku jam 1 pagi waktu tempatan.

 ??  ?? Majoriti mangsa yang maut dalam rempuhan adalah remaja bawah 18 tahun.
Majoriti mangsa yang maut dalam rempuhan adalah remaja bawah 18 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia