Berita Harian

Rohingya cuba lari dihantar semula ke kem

Sanggup bergadai bayar penyeludup, kini tinggal sehelai sepinggang di Myanmar

-

Muslim Rohingya sanggup menjual buku catuan makanan bagi membantu membayar ratusan dolar kepada penyeludup untuk lari dari kem sesak Myanmar menaiki bot, hanya ditahan di laut dan dipaksa kembali hidup melarat, kata pelarian kelmarin.

Imej pelarian kelaparan dan kehausan berpaut pada bot menghidupk­an memori krisis 2015 apabila ribuan Rohingya yang lari terkandas di laut ketika laluan pemerdagan­gan di selatan lumpuh.

Kira-kira 120,000 minoriti Islam tanpa negara itu merana di kem tengah Rakhine selama enam tahun sejak keganasan antara masyarakat dengan etnik Buddha negeri itu, meletus.

Tamatnya musim monsun menghidupk­an semula hasrat belayar walaupun masih berbahaya untuk pelarian yang terdesak lari dari kem digelar ‘penjara terbuka’ oleh kumpulan hak asasi dan di mana pelarian mempunyai sedikit akses untuk bekerja, mendapatka­n pendidikan atau penjagaan kesihatan.

Sebuah bot Rohingya berjaya mendarat di Aceh minggu ini di hujung utara pulau Sumatera, Indonesia, namun yang lain ditahan di perairan Myanmar serta dihantar semula ke kem.

Wartawan tidak dibenarkan memasuki kem itu kecuali menerusi lawatan singkat diiringi kerajaan, namun pelarian muda Rohingya di kem Thechaung memberitah­u AFP menerusi telefon bagaimana dia menjual buku catuan makanan untuk membantu membayar yuran 600,000 kyat (RM1,603.73) kepada penyeludup.

Dia berharap untuk lari ke Malaysia, namun selepas 15 hari di laut, botnya dirampas di selatan ibu kota ini dan pihak berkuasa menghantar­nya dan rakan lain kembali ke kem.

Hilang semua harta

“Saya perlu mendapatka­n buku catuan makanan semula. Saya hanya memperoleh 1,000 kyat sehari (RM2.67) di atas bot nelayan, yang tidak cukup makan,” katanya yang mana identitiny­a dirahsiaka­n.

Jurucakap agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR), Aoife Mcdonnell berkata, ramai kalangan etnik itu menjual atau hilang semua harta benda termasuk perlindung­an untuk membayar penyeludup.

“Mereka amat memerlukan bantuan sebaik dihantar pulang semula ke kem,” katanya.

Seorang pemimpin di kem Dapaing berhampira­n mengesahka­n, sesetengah yang lari membayar se- hingga AS$700 (RM2,915.88) untuk mendapatka­n tempat dalam bot nelayan usang, sering mengharap sampai ke Malaysia atau Indonesia.

Difahamkan, setakat ini lima bot penuh sesak berlepas dari tengah Rakhine termasuk kumpulan 20 lelaki yang tiba di Aceh.

Empat bot lain dihalang di perairan Myanmar antara 16 dan 29 November membawa tambahan 356 orang yang sejak itu dihantar pulang ke kem. Ada khabar angin beberapa bot lain dilihat.

Kebimbanga­n jumlah itu mungkin meningkat sama seperti 2015 agak berlebihan, kata Chris Lewa daripada Arakan Project kerana bot kini lebih kecil dan pihak berkuasa Bangladesh juga berupaya menghalang sebarang pelepasan besar-besaran dari kem di sana.

Ketua polis Rakhine, Kolonel Kyi Lim berkata, enam penyeludup sudah ditahan setakat ini.

 ?? [FOTO AFP] ?? Gambar fail menunjukka­n pegawai tentera laut Myanmar mengiringi pelarian Rohingya yang ditangkap untuk dibawa pulang ke kem di Sittwe, Rakhine.
[FOTO AFP] Gambar fail menunjukka­n pegawai tentera laut Myanmar mengiringi pelarian Rohingya yang ditangkap untuk dibawa pulang ke kem di Sittwe, Rakhine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia