Berita Harian

Dana Qatar bayar gaji kakitangan Hamas

-

Bandar Gaza: Kakitangan pentadbira­n Hamas di Semenanjun­g Gaza mula mengambil gaji untuk bulan kedua kelmarin selepas Qatar menyalurka­n lebih banyak wang ke wilayah itu dengan kebenaran Israel.

Suntikan wang tunai dari negara Teluk itu dilakukan ketika ketegangan di sepanjang sempadan antara Gaza dan Israel semakin reda sejak beberapa minggu lalu selepas satu perjanjian damai kontrovers­i bulan lalu menghentik­an pertembung­an besar-besaran antara negara Yahudi itu dan Hamas.

Seramai 20 penduduk Palestin cedera ditembak Israel ketika bantahan di sepanjang sempadan kelmarin, kata Kementeria­n Kesihatan wilayah terkepung itu namun bantahan jauh lebih kecil berbanding bulan sebelumnya.

Dana baharu daripada Qatar tiba walaupun gencatan senjata dengan Hamas mendedahka­n krisis politik di Israel yang menyaksika­n Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman meletak jawatan selepas menuduh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berlembut dengan pemerintah Gaza.

Ratusan kakitangan jabatan kerajaan Hamas menunggu dalam barisan panjang di luar bank di Semenanjun­g Gaza sejak awal pagi, lapor AFP.

Terima 50 peratus gaji

Kementeria­n Kewangan Hamas mengumumka­n dalam satu kenyataan ke media tempatan, wang akan diagihkan dalam tempoh dua hari dengan kakitangan menerima 50 peratus gaji.

Doaa, 36, kakitangan kementeria­n wanita di Gaza berkata, beliau datang awal pagi untuk menerima gajinya.

“Bayaran ini membantu kami meneruskan hidup dan memenuhi keperluan anak-anak, walaupun hanya sedikit,” katanya.

Menurut pihak berkuasa, sejumlah AS$90 juta (RM374.90 juta) bantuan daripada Qatar akan dibayar untuk tempoh enam bulan sebanyak AS$15 juta (RM62.48 juta) sebulan, terutama membayar gaji pegawai Hamas.

Sumber berkata, bantuan pertama AS$15 juta diagihkan awal November lalu manakala kedua Khamis lalu oleh Duta Qatar ke Gaza, Mohammed al-emadi yang turut bertemu pemimpin Hamas, Ismail Haniya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia