Berita Harian

Shakira didakwa elak bayar cukai

Pendakwa raya Sepanyol fail aduan mahkamah beberapa hari lagi

-

Pendakwa raya Sepanyol bersedia untuk memfailkan aduan mahkamah terhadap penyanyi Shakira kerana didakwa mengelak membayar cukai bernilai 14.5 juta euro (RM68.73 juta), namun dinafikan peguam bintang itu, kata laporan kelmarin.

Akhbar harian El Pais berkata, pendakwa raya sudah memaklumka­n peguam penyanyi Colombia pemenang anugerah itu, selepas siasatan kes, mereka tidak akan menggugurk­annya, bermaksud mereka akan memfailkan aduan di mahkamah beberapa hari lagi atas dakwaan penipuan cukai.

Seorang jurucakap pejabat pendakwa raya Sepanyol memaklumka­n AFP, tiada tindakan diambil setakat ini dan perkara itu sedang diteliti.

Shakira disyaki tidak membayar cukai di Sepanyol walaupun menjadi penduduk antara 2011 hingga 2014, menurut pendakwa raya.

Kes itu hanya meliputi tempoh antara 2012 dan 2014, bagaimanap­un, tempoh masa untuk mendakwa kesalahan cukai pada 2011 sudah tamat.

Pindah kediaman ke Sepanyol

Penyanyi berusia 41 tahun itu memindahka­n kediaman rasminya ke Sepanyol pada 2015 sejak 2011 berikutan hubunganny­a dengan pemain Barcelona, Gerard Piqué , yang mana beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum itu, penyanyi berkenaan menetap di Bahamas.

Namun, seorang jurucakap pendakwa raya di Barcelona memberitah­u AFP Februari lalu, perkara itu ‘tidak menyamai realiti’ bersama anak dan pasanganny­a di negara itu.

Wakil Shakira menegaskan, sehingga 2014, beliau memperoleh pendapatan­nya dalam jelajah antarabang­sa dan tidak tinggal lebih enam bulan dalam setahun di Sepanyol, prasyarat untuk menjadi seorang pembayar cukai rasmi di negara itu.

Dengan pengaruh irama Latin dan Arab serta rock dalam muziknya, Shakira adalah antara bintang ternama dari Amerika Latin, memperoleh sejumlah hit global dengan lagu seperti dan Whenever,

Beliau menjual lebih 60 juta rekod.

 ??  ?? Shakira disyaki tidak membayar cukai di Sepanyol walaupun menjadi penduduk antara 2011 hingga 2014.
Shakira disyaki tidak membayar cukai di Sepanyol walaupun menjadi penduduk antara 2011 hingga 2014.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia