Berita Harian

Kim Kardashian rancang buka kedai mekap di China

-

Beijing: Bintang realiti televisyen dan jutawan gaya hidup Kim Kardashian mengintai pasaran China dengan rancangan membuka kedai baharu, lapor media tempatan kelmarin.

Kardashian, yang suaminya, penyanyi rap, Kanye West tinggal seketika di China ketika masih kanakkanak, baru-baru ini melancarka­n jenama mekapnya sendiri, KKW Beauty dan memaklumka­n agensi berita rasmi negara itu mengenai rancangann­ya mengembang­kan perniagaan di ekonomi kedua terbesar dunia.

Namun dengan sebahagian kecil pengikutny­a di platform media sosial tempatan berbanding peminat di Instagram, bintang itu masih memiliki perjalanan panjang.

“China mempunyai mekap terbaik dan saya mahu meneroka lebih banyak,” katanya dalam wawancara di Los Angeles diterbitka­n kelmarin.

Menunjukka­n minat amat besar terhadap budaya China, Kardashian berkata, beliau mahu merakam sebahagian rancangan realiti televisyen­nya di negara berkenaan.

Ibu tiga anak itu malah mewu- judkan akaun dalam laman media sosial China, Weibo dan Little Red Book.

Kongsi tip, coretan kehidupan

Namun beliau hanya memiliki 162,000 pengikut di Weibo, angka amat kecil dibandingk­an dengan Instagram di mana 121 juta peminat menjadikan­nya individu ketujuh paling banyak menerima pengikut di platform itu.

Di Little Red Book seperti Pinterest, Kardashian berkongsi tip dan coretan kehidupann­ya dengan kira-kira 120,000 pengikut.

Kebanyakan selebriti China memiliki puluhan juta pengikut di media sosial. Beberapa selebriti Barat membuat cubaan memecahkan pasaran lumayan China.

Bintang gusti Amerika Syarikat (AS), John Cena, yang memiliki setengah juta pengikut di Weibo, menghantar video dirinya bercakap bahasa Cina dalam laman itu termasuk cara membuat Lao Ganma -sos cili pedas Cina yang tersebar di internet awal tahun ini.

Namun pasaran China adalah pedang bermata dua, apabila produk jenama fesyen Itali, Dolce & Gabbana ditarik balik dari platform e-dagang negara itu selepas terbabit dalam pertikaian berhubung tulisan media sosial menghina.

West datang ke China ketika berusia 10 tahun bersama ibunya, Donda West yang mengajar bahasa Inggeris selama setahun di Universiti Nanjing di wilayah timur Jiangsu.

 ??  ?? Kardashian intai pasaran China rancang perluas perniagaan.
Kardashian intai pasaran China rancang perluas perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia