Berita Harian

Ramai dapat manfaat pemindahan organ

Turki, Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol antara negara utama laksana bedah organ

-

Susunan Hazirah Che Sab

Kejayaan pembedahan pemindahan organ dan anggota tubuh sudah banyak dicatatkan dalam bidang perubatan dengan penyelidik mengkaji kesan prosedur itu ke atas manusia dan haiwan sejak abad ke-18 lagi.

Buah pinggang adalah organ pertama manusia berjaya dipindahka­n pada 1954 diikuti dengan pemindahan hati, jantung dan pankreas pada lewat 1960-an manakala bagi paruparu dan usus pada 1980-an.

Sehingga awal 1980-an, potensi penolakan organ mengehadka­n bilangan pembedahan pemindahan organ. Pembedahan pemindahan bukan terhad kepada organ kerana ia juga dilakukan terhadap anggota tubuh.

Sebagai contoh, lebih 60 pembedahan pemindahan tangan dilakukan di seluruh dunia sejak prosedur pertama direkodkan di Ecuador pada 1964.

Clint Hallam ialah individu pertama menjalani prosedur itu pada 1998 di Perancis tetapi tidak gembira dengan keadaan itu dan ia kemudian dibuang pada 2001. Pada tahun 2000, pemindahan dua tangan pertama dilakukan ke atas Denis Chatelier, 33, di Lyon, Perancis.

Pembedahan paling lama

Dia kehilangan tangan dalam kemalangan roket buatan sendiri. Pada tahun sama, sepasukan doktor di Malaysia melakukan pembedahan pemindahan tangan dan lengan pertama dunia ke atas Chong Lih Ying, yang berusia sebulan ketika itu.

Bayi itu dilahirkan dengan lengan kiri cacat teruk dan penderma ialah kembar seirasnya yang meninggal dunia ketika lahir.

Sementara pembedahan pemindahan kaki pertama dunia berlaku di Sepanyol pada Julai 2010.

Pakar bedah melakukan pembedahan 14 jam untuk memberikan mangsa kemalangan jalan raya ketika berusia 20-an, dua kaki penderma, melekatkan tulang dahulu, diikuti tendon, arteri dan saraf, selepas usaha menggunaka­n kaki palsu gagal.

Dia dapat menggerakk­an lututnya selepas tiga minggu dan berdiri dalam kolam renang beberapa bulan kemudian.

Sementara pembedahan pemindahan wajah adalah prosedur perubatan untuk menggantik­an sebahagian atau seluruh muka pesakit menggunaka­n tisu penderma.

Pembedahan pemindahan separuh muka pertama dunia ke atas pesakit masih hidup dilakukan di Perancis pada 2005 dan seterusnya untuk keseluruha­n muka dijalankan di Sepanyol pada 2010.

Turki, Perancis, Amerika Syarikat dan Sepanyol dianggap sebagai negara utama dalam penyelidik­an mengenai prosedur itu.

Pada Mac 2010, sepasukan 30 doktor Sepanyol melakukan pemindahan pertama muka sepenuhnya ke atas lelaki yang cedera dalam kejadian tembakan.

Pada 8 Julai 2010, media Perancis melaporkan pembedahan pemindahan seluruh muka termasuk saluran air mata dan kelopak mata di hospital Henri-mondor di Creteil.

Pada Mac 2012, antara pembedahan pemindahan muka paling panjang iaitu 36 jam, membabitka­n bahagian anak rambut hingga leher, menggantik­an semua yang penting kecuali mata dan belakang kerongkong, dilakukan ke atas Richard Lee Norris, yang cedera ditembak pada 1997.

Tujuh bulan kemudian, Norris menunjukka­n perkembang­an positif kerana boleh senyum dan menunjukka­n ekspresi. Satu lagi pembedahan pemindahan yang kedengaran pelik tetapi benar adalah membabitka­n zakar dan skrotum seorang bekas tentera Amerika Syarikat akhir Mac lalu.

Kemajuan bidang perubatan turut memberi harapan kepada jutaan wanita untuk memiliki anak sendiri. Di Turki, pada 9 Ogos 2011, pembe-

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Benjamin Mora, Ketua Jurulatih JDT
Benjamin Mora, Ketua Jurulatih JDT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia