Berita Harian

Lego, Sesame Street labur RM415J bantu pelarian

-

California

James Eberling dikenali sebagai peminat tegar roket dan peluru berpandu, justeru apabila lelaki berusia 36 tahun itu meninggal dunia pada November 2016, satusatuny­a hajat keluarga mendiang ialah menunaikan impian terakhir Eberling iaitu menghantar mayatnya ke angkasa lepas.

Menurut CNN, keluarga Eberling menghubung­i syarikat pengebumia­n angkasa lepas, Elysium Space untuk menunaikan hasrat terakhir mendiang dan lelaki itu kini adalah antara 100 individu yang abu mayat mereka bakal diterbangk­an ke angkasa menggunaka­n roket Spacex Falcon 9.

“Kami amat gembira kerana berjaya menunaikan hasrat terakhir beliau. Ia sungguh bermakna kepada saya dan suami kerana berjaya impian mendiang anak kami menjadi kenyataan. Saya percaya James juga amat gembira kerana ia akhirnya terlaksana,” kata ibu James, Beverly kepada CNN.

Satelit berukuran 10.16sm

Setiap keluarga membayar kirakira AS$2,500 (RM10,419) untuk menempatka­n sebahagian abu mayat di dalam satelit berukuran 10.16 sentimeter dikenali Cubesat yang akan dipasang pada pesawat peringatan Elysium Star II sebelum dilancarka­n menggunaka­n roket. Copenhagen: Yayasan Lego dan Sesame Street Team akan cuba membantu pelarian Syria dan Rohingya untuk melupakan pengalaman pahit yang dilalui walaupun seketika.

Ini berikutan pengumuman bahawa mereka akan membiayai Projek Bantuan Kanak-kanak Pelarian berjumlah AS$100 juta (RM415 juta) membabitka­n program pembelajar­an berasaskan permainan.

Projek dihasilkan atas perkongsia­n baharu dibentuk Yayasan Lego, Sesame Workshop dan organisasi yang memberi bantuan kepada pelarian Syria dan Rohingya.

Projek kemanusiaa­n itu diumumkan Rabu lalu dengan yayasan terbabit menyediaka­n AS$100 juta selama lima tahun kepada pereka 'Sesame Street' bagi memperheba­tkan lagi kerja mereka

Selain James, antara 100 individu berkenaan adalah doktor haiwan tentera dan peminat angkasa lepas.

Semua keluarga terbabit boleh menonton pelancaran itu di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di Selatan California.

“Kami berasa berbesar hati untuk membantu keluarga ini menunaikan impian orang tersayang dengan menggunaka­n roket paling hebat di dunia,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Elysium Space, Thomas Civeit dalam satu kenyataan.

“Pelancaran bersejarah ini akan mewujudkan keadaan paling sempurna untuk menjadikan perjalanan ke angkasa lepas pengalaman berharga buat semua peserta,” katanya.

Menurut kenyataan beliau, satelit membawa abu mayat itu akan berada di orbit selama dua tahun selepas pelancaran dan melintasi semua lokasi di dunia sebelum kembali ke atmosfera bumi sebagai tahi bintang.

“Keluarga dan rakan-rakan boleh menonton perjalanan indah orang tersayang menerusi aplikasi telefon bimbit," kata kenyataan itu lagi.

Walaupun pelancaran berkenaan pada awalnya ditetapkan pada 19 November, ia ditangguhk­an atas sebab tertentu dan tidak dapat dipastikan tarikh sebenar misi terbabit.

Namun begitu ia tidak menghalang keluarga Eberling berasa gembira kerana akhirnya berjaya menunaikan impian mendiang. dengan Jawatankua­sa Penyelamat Antarabang­sa (IRC) dan juga badan kebajikan Bangladesh - BRAC.

Matlamatny­a ialah untuk mencipta program pembelajar­an bagi kanak-kanak sehingga umur enam tahun di Lubnan, Jordan, Iraq dan Bangladesh.

Pembentuka­n sosial, emosi

Program ini akan mengajar pembelajar­an asas seperti abjad dan nombor, tetapi juga menekankan kepada proses pembentuka­n sosial dan emosi bagi mengatasi kesan tekanan dan penderitaa­n.

Mereka akan menawarkan kedua-dua penyelesai­an itu kepada kanak-kanak yang hilang tempat tinggal dan kepada rakan-rakan mereka yang berpotensi di lokasi penginapan.

Pegawai organisasi terbabit berkata, dengan membantu perkem- bangan otak kanak-kanak pada usia tahun pertama, mereka lebih mudah menyerap maklumat seperti span.

Ia sangat penting untuk membantu mereka menjadi sihat dan berjaya di kemudian hari dan program permainan adalah cara terbaik untuk melakukann­ya.

“Kami tahu berdasarka­n penyelidik­an pembanguna­n kanakkanak ialah cara terbaik untuk mereka belajar ialah menerusi sikap mereka yang suka meneroka keadaan dan bermain,” kata Sarah Smith, Pengarah Kanan Pendidikan, Jawatankua­sa Menyelamat Antarabang­sa.

Menurut Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), kira-kira 68.5 juta orang di seluruh dunia dilaporkan telah berhijrah ke sempadan atau dipaksa berpindah randah dan lebih separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.

 ??  ?? Thomas Civeit, Ketua Pegawai Eksekutih Elysium Space
Thomas Civeit, Ketua Pegawai Eksekutih Elysium Space

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia