Berita Harian

Jejak kesan sejarah

Galeri Darurat Bukit Kepong papar kisah perjuangan, pengorbana­n anggota polis

-

Kbadrulkam­al@bh.com.my

anak-kanak dan remaja sekarang lebih mengenali watak adiwira seperti spiderman, superman, badman, iron man dan captain America. Watak fiksyen ini yang memaparkan keberanian, kemuliaan dengan kostum menarik dan mampu berkeboleh­an luar biasa sehingga sebilangan menganggap mereka paling gagah membantu menjaga keamanan dunia.

Bagaimana pula kehebatan anggota keselamata­n negara seperti polis, askar dan ahli bomba mereka juga ada peranan tersendiri. Tiada dulu tiada sekarang. Inilah seharusnya diketahui generasi sekarang.

Umpamanya Galeri Bukit Kepong yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Muar, Johor menyimpan pelbagai khazanah berkaitan Tragedi Bukit Kepong 70 tahun lalu, selain menjadi lokasi sebenar serangan kira-kira 200 pengganas komunis menyerang balai polis yang mengorbank­an 25 anggota pasukan keselamata­n termasuk anggota keluarga mereka.

Ia secara tidak langsung menjadikan Galeri

Darurat Bukit Kepong ini sebagai pelengkap sektor pelanconga­n di daerah ini yang sememangny­a terkenal dengan keunikankh­azanahalam semula jadi, warisan, budaya dan sejarah.

Galeri Darurat Bukit Kepong dibina dengan kos sebanyak RM11.5 juta bagi menghargai jasa dan pengorbana­n seluruh anggota polis yang berjuang bermati-matian dalam usaha mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Ia dibina sempena bagi memperinga­ti tragedi yang berlaku kira-kira jam 5 pagi, pada 23 Februari 1950, apabila segerombol­an kira-kira 200 pengganas komunis menyerang balai polis terbabit.

Walaupun serangan pengganas berlaku di pelbagai tempat di negara ini, peristiwa Bukit Kepong ini paling diingat kerana ia bukan sahaja memaparkan semangat juang pasukan keselamata­n, tetapi juga perpaduan apabila beberapa penduduk di kampung berhampira­n turut sama memberi bantuan bagi menentang komunis.

Selain peristiwa serangan di Balai Polis Bukit Kepong, galeri ini juga menghimpun­kan peristiwa perjuangan pasukan keselamata­n ketika zaman darurat di seluruh negara.

Pelbagai sejarah negara

Pengunjung ke galeri ini jugabukans­ahajaakan dapat melihat pelbagai artifak seperti senjata api, pakaian, keadaan berek anggota dan beberapa kenderaan yang pernah digunakan pasukan keselamata­n, tetapi juga turut disajikan dengan pelbagai maklumat secara interaktif.

Di bangunan galeri setinggi tiga tingkat ini, pengunjung seolah-olah akan dibawa merentasi ruang masa apabila segala maklumat berkaitan polis disusun dengan dengan kemas, disamping mendapat pelbagai maklumat mengenai sejarah negara.

Selain itu, galeri Bukit Kepong ini juga turut memaparkan mengenai sejarah pembentuka­n Malaysia ini termasuk ketika era dan pasca ini.

Galeri yang dibina di tapak asal Balai Polis Bukit Kepong ini juga turut menyediaka­n ruang interaktif seperti tayangan filem sejarah, Bukit Kepong yang diarahkan oleh seniman negara, Allahyarha­m

Tan Sri Jins Shamsuddin.

Menambahka­n keterujaan pengunjung ke galeri ini, setiap pameran juga turut diselitkan dengan audio yang membolehka­n sesiapa sahaja yang berkunjung seolah-olah dibawa kembali ke zaman terbabit.

Artifak pasukan keselamata­n

Selain itu, beberapa pameran lain seperti kereta perisai, bot peronda polis dan beberapa artifak lain yang pernah digunakan oleh pasukan keselamata­n turut dipamerkan di ruang bawah galeri.

Selain itu, galeri ini turut menyediaka­n beberapa kemudahan lain seperti tandas, surau, lif khas untuk warga tua dan orang kelainan upaya (OKU).

Galeri Darurat ini dibuka secara percuma kepada pengunjung dari Selasa hingga Ahad bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Di galeri ini menghimpun­kan peristiwa perjuangan pasukan keselamata­n ketika zaman darurat.
Di galeri ini menghimpun­kan peristiwa perjuangan pasukan keselamata­n ketika zaman darurat.
 ??  ?? Orang ramai melihat khazanah dan senapang yang digunakan ketika tragedi Bukit Kepong.
Orang ramai melihat khazanah dan senapang yang digunakan ketika tragedi Bukit Kepong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia