Berita Harian

Sajian eksklusif masakan Minang

-

bakar yang dihiris nipis memang banyak hingga membangkit­kan selera.

Sambal minang pukau selera

Bagi pencinta selera tempatan, sajian utama lebih eksklusif boleh dinikmati ialah nasi dulang Minang. Hidangan ini mewah dengan menampilka­n pelbagai lauk pauk antaranya, bergedil, rendang daging, ayam pop salai sambal hijau, daging masak cili api dan telur itik pisang salai lemak cili api dan paru goreng.

Melengkapk­an hidangan nasi yang dimasak bersama mentega dari Paris, sajian ini dinikmati bersama kerabu ulam kacang botol dan daun pegaga serta tidak lengkap tanpa sambal minang yang memukau rasa.

Penggemar daging lembu, Boeuf Bourguigno­n disaji bersama sambal minang tidak kurang menyelerak­an. Daging perap dengan pelbagai rasa dan dipanggang perlahan lebih enam jam begitu lembut ketika dipotong dan dikunyah.

Restoran serba putih

Nampak menarik, sajian itu diseimbang­kan lagi dengan kentang putar yang diberi bentuk bunga.

Bukan menu utama saja menyelerak­an pelanggan tetapi sajian pembuka ‘kata’ yang disajikan terlebih dulu turut membangkit­kan selera.

Selain kerepek emping belinjau a la bruschetta yang dimakan bersama sayur campuran istimewa, crispy tofu skin juga antara menu pilihan terbaik di Sukasucre Bistro.

Pencuci mulut seperti fleur de pavlova, iaitu ais krim jagung bersama

dan

iaitu pisang raja yang disira dan disajikan bersama macaroon serta ais krim jagung, melengkapk­an sesi makan tengahari mahupun malam.

Hiasan dalaman restoran serba putih yang membawa elemen mewah dan anggun turut membangkit­kan suasana selesa lagi eksklusif malah bersifat peribadi. → Alamat: 81, Jalan 2/90, Wisma RYU, Taman Pertama, Kuala Lumpur → Operasi: Setiap hari

kecuali Isnin

 ??  ?? Dulang Minang.
Dulang Minang.
 ??  ?? Dekorasi menarik Restoran Sukasucre Bistro.
Dekorasi menarik Restoran Sukasucre Bistro.
 ??  ?? Fazley bersama menu yang disediakan.
Fazley bersama menu yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia