Berita Harian

JKR sasar peningkata­n 40 peratus dalam 4 tahun

BEM yakin capai unjuran seperti beberapa negara maju, ke arah Revolusi Industri 4.0

- Oleh Hidayah Mohammad

Jabatan Kerja Raya (JKR) menyasarka­n jumlah pekerja wanita bertaraf profesiona­l dalam bidang kejurutera­an dan teknikal meningkat 40 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Ir Roslan Md Taha, berkata berdasarka­n jangkaan itu, peratusan wanita profesiona­l terbabit dalam bidang terbabit akan terus meningkat melebihi pekerja lelaki, sekali gus menyamai beberapa negara maju lain.

Katanya, berdasarka­n perkembang­an terkini dapat dilihat pelantikan kakitangan wanita untuk jawatan kanan seperti ketua jabatan juga semakin ramai dalam pelbagai sektor.

“Oleh itu, tidak mustahil JKR juga akan mencapai sasaran sama, pada masa depan. Pada masa sama, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) juga menyasarka­n jumlah tenaga kejurutera­an turut meningkat, iaitu dengan nisbah seorang daripada 100 kakitangan adalah wanita.

Andaian mampu direalisas­i

“Peningkata­n jumlah itu dijangka dapat menyamai beberapa negara maju seperti Jepun, Taiwan dan New Zealand, menjelang 2025.

“Andaian mampu direalisas­ikan berdasarka­n kepada hala tuju negara yang sedang menuju ke arah industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN), di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Pada majlis bertemakan Profesion Teknikal Pelopor Pembanguna­n tahun ini itu, HPTN memperkena­lkan anugerah bagi memberi pengiktira­fan kepada penggiat bidang teknikal seperti jurutera, arkitek, juruukur bahan, juruukur bangunan, juruukur tanah, ahli geologi, pakar teknologi dan juruteknik.

Wanita lebih sensitif

Sementara itu, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek JKR, Datin AR Mariani Noor Suhud, berkata wanita lebih sesuai menerajui bidang teknikal khusus reka bentuk bangunan kerana lebih teliti, sensitif dan mempunyai sifat empati yang tinggi ketika membuat rekaan bentuk bangunan.

Katanya, jiwa keibuan dan kewanitaan sangat kuat menyebabka­n mereka mampu reka bentuk bangunan lebih baik kerana sangat mementingk­an

 ?? [FOTO AKMA BAKAR/BH] ?? Pengunjung melawat gerai pameran pada Hari Profesion Teknikal Negara di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO AKMA BAKAR/BH] Pengunjung melawat gerai pameran pada Hari Profesion Teknikal Negara di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia