Berita Harian

Ubah persepsi kerjaya industri binaan kotor, sukar

-

Kuala Lumpur: Persepsi industri pembinaan dan teknikal sering dilabelkan sebagai kerjaya mencabar, sukar dan kotor sehingga mengurangk­an minat wanita menceburi pekerjaan itu seharusnya dikikis bagi menyaingi kemampuan sumber tenaga lelaki.

Pandangan kolot bidang terbabit sesuai diterajui lelaki perlu diubah kerana wanita mempunyai kelebihan dan memainkan peranan penting untuk keseimbang­an dalam kerjaya itu.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata persepsi berkenaan harus dihapuskan supaya negara dapat melahirkan lebih ramai profesiona­l wanita pada masa akan datang.

Katanya, generasi muda patut membuang pandangan bahawa kerjaya itu agak sukar, terlalu mencabar dan kotor.

“Ramai yang anggap sinergi lelaki sahaja lebih layak dan sesuai untuk profesion dianggap sudah lapuk. Justeru, kita patut menggalakk­an lebih ramai generasi muda meminati profesion dalam bidang teknikal seperti menjadi jurutera dan arkitek.

“Lantaran itu, mereka perlu diberi pendedahan lebih awal bermula di rumah. Ibu bapa memainkan peranan mendedahka­n anak dengan dunia teknikal, sekali gus dapat menggalakk­an mereka mengikuti kursus teknikal dan menceburi bidang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN), di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Ir Roslan Md Taha.

HPTN dianjurkan buat julung kali selepas profesion teknikal wujud menerusi penubuhan Public Works Deparment (PWD) sejak 1872. Ia juga diumumkan akan disambut setiap Sabtu, minggu pertama Disember setiap tahun.

Iktiraf penggiat bidang teknikal

Bertemakan Profesion Teknikal Pelopor Pembanguna­n tahun ini, HPTN diperkenal­kan bagi memberi pengiktira­fan kepada penggiat bidang teknikal seperti jurutera, arkitek, juruukur bahan, juruukur bangunan, juruukur tanah, ahli geologi, teknologis dan juruteknik.

Antara pengisian program yang diperkenal­kan ialah Anugerah Tokoh Teknikal peringkat JKR, program dan pertanding­an

(STEM) oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), penyampaia­n Sijil ASEAN Chartered Profesiona­l Engineer serta bual bicara teknikal oleh penceramah khas dari BEM.

Baru berkata, HPTN memberi pengiktira­fan dan menghargai khidmat bakti profesion teknikal dalam bidang pembanguna­n negara dan kesejahter­aan masyarakat.

“Selain itu, ia juga bertujuan meningkatk­an pengetahua­n dan menarik minat awam terhadap profesion berkenaan. Ini kerana bidang teknikal juga penyumbang besar kepada pertumbuha­n dan pembanguna­n sosioekono­mi negara.

“Profesion teknikal dalam memodenisa­sikan sektor pembanguna­n dan teknologi mampan lebih penting dan mendesak berdasarka­n aliran semasa, sekali gus membuka lebih banyak ruang, peluang pekerjaan serta perniagaan dalam bidang berkaitan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia