Berita Harian

Medan cungkil bakat reka cipta

-

Pekan: Cabaran Kereta Kreatif Proton-universiti Automotif DRB-HICOM (PD3C) disifatkan sebagai medan terbaik untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) negara ini mengetenga­hkan bakat dalam bidang reka cipta dan teknikal automotif.

Naib Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM, Prof Datuk Dr Omar Osman, berkata idea kreatif dan segar amat diperlukan industri automotif, justeru penganjura­n PD3C tepat kerana berjaya mencungkil bakat mereka bentuk kereta yang unik serta berkemahir­an dalam aspek teknikal.

Penyertaan memberangs­angkan

Tambahan pula, beliau berkata, penyertaan bakat baharu dalam bidang berkenaan amat memberangs­angkan, terutama bagi memperkasa­kan industri automotif negara.

“Saya melihat ia perkembang­an positif, terutama dalam industri automotif negara. Mereka sungguh berbakat. Oleh itu, sebagai pemain industri, kita perlu membantu bakat muda ini supaya mereka mampu pergi jauh,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an PD3C di Universiti Automotif DRB-HICOM, di sini, semalam.

PD3C mempertand­ingkan enam kategori dengan menawarkan hadiah utama berjumlah RM7,000 kepada johan.

Pertanding­an itu disertai hampir 200 pelajar universiti dari seluruh negara yang menampilka­n bakat masing-masing dalam mereka bentuk kenderaan berasaskan teknologi terkini kenderaan PROTON.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL /BH] ?? Omar (dua dari kiri) melihat replika kereta yang dipamerkan pada pertanding­an PD3C di Universiti Automotif DRB-HICOM,
Pekan, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL /BH] Omar (dua dari kiri) melihat replika kereta yang dipamerkan pada pertanding­an PD3C di Universiti Automotif DRB-HICOM, Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia