Berita Harian

Papan tanda jalan, premis di Kuantan dalam Jawi

Langkah MPK selaras titah Tengku Abdullah martabatka­n warisan seni mulai Januari

- Oleh Mohd Rafi Mamat

Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) akan melaksanak­an penggunaan tulisan Jawi di premis perniagaan dan papan tanda dalam kawasan pentadbira­nnya, mulai tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Fadzilla Salleh, berkata pelaksanaa­n itu selaras titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang ingin melihat penggunaan tulisan Jawi secara menyeluruh di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik sebagai usaha memartabat­kan tulisan berkenaan di daerah ini yang dilihat semakin di pinggir dan dilupakan masyarakat.

Pastikan semua pemilik premis guna Jawi

“Tahun depan, kita akan memastikan semua pemilik premis perniagaan menggunaka­n tulisan Jawi di premis masingmasi­ng.

“Dalam masa terdekat ini, sebagai permulaan, MPK akan menggunaka­n tulisan Jawi membabitka­n papan tanda Jalan Tengku Mahkota menghala ke Istana Abdulaziz,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program

bersama Pertubuhan Perancanga­n Malaysia di Laman Tepian Kuantan, Yang Dipertua MPK di sini, semalam.

Sementara itu mengenai program berkenaan pula, Fadzilla berkata, sebanyak 72 pokok jenis palma, cempaka, golden chain dan tanjung ditanam bagi mengindahk­an lokasi terbabit yang menjadi antara produk pelanconga­n di daerah ini.

Beliau berkata, penjagaan dan penyelengg­araan pokok juga perlu dilakukan dengan sempurna bagi memastikan ia dapat membesar, sekali gus hidup lebih lama serta menarik.

“Kita akan memastikan penyelengg­araan pokok mengikut jadual dan sistematik, terutama membabitka­n aktiviti membaja setiap bulan, supaya ia lebih cepat membesar.

“Laman Tepian Kuantan sempena nama masjid Tepian Kuantan, diwujudkan di atas tanah seluas 0.17 hektar sebagai taman rekreasi baharu untuk kemudahan orang ramai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia