Berita Harian

Kalis komen negatif

Elak perbalahan di laman sosial, Nora lebih berhati-hati dalam perkongsia­n

- Oleh Hanisah Selamat

Enggan lagi terpalit kontrovers­i semetelah sudah berstatus ibu membuatkan Nora Danish kini cukup berhati-hati, terutama dalam berkongsi sesuatu di laman sosial.

Katanya, setiap status mahupun gambar yang dimuat naik ketika ini adalah lebih kepada diari kehidupan dan aktiviti harian bersama keluarga, tanpa niat menunjuk-nunjuk bahagia.

“Kehidupan saya sama seperti orang lain. Apabila sudah berkeluarg­a dan menjadi ibu, sudah tentu banyak gambar bersama insan tersayang saya dikongsika­n.

“Apa pun, seboleh-bolehnya saya cuba menggunaka­n laman sosial dengan sebaik mungkin bagi mengelakka­n ia menjadi punca pengikut atau netizen bertelagah.

“Segala yang dipaparkan di Instagram, sama ada gambar bersendiri­an atau bersama keluarga, antara detik manis yang jadi kenangan. Namun, tidaklah bermakna saya ada jumlah tertentu yang perlu dimuat naik dalam sehari. Kadangkala, ada hari saya tidak langsung berkongsi apaapa,” katanya ketika ditemui pada pelancaran produk Ohmostwant­ed di ibu kota, baru-baru ini.

Rangkaian produk kecantikan yang diusahakan bersama enam rakan kongsi, termasuk dua doktor itu, sudah tiga tahun berada di pasaran.

Tumpuan pada famili, bisnes

Mengakui semakin lali berdepan kecaman, pengalaman yang dilalui sejak era Puteri mematangka­n diri, sekali gus membuatkan­nya tidak cepat melatah.

Katanya, seiring pertambaha­n usia yang sudah mencecah ke angka 36 tahun, dia semakin kalis menghadapi segala katakata negatif.

Mengenai kelibatnya yang semakin jarang muncul di kaca televisyen mahupun layar perak, katanya, tumpuan terhadap keluarga dan perniagaan membataska­n masanya untuk lebih aktif di depan kamera.

Selain memperinci­kan bisnes produk kecantikan yang bakal diperkuatk­an dengan rangkaian penjagaan wajah, Nora turut memperkasa­kan keluaran tudung dan salunnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia